Berita Harian

MEMBANTU PELAJAR MERANCANG KEWANGAN

SOAL kewangan bukan satu perkara yang hanya perlu difikirkan oleh orang dewasa. Semua daripada anggota masyarakat sedikit sebanyak akan terasa kesan daripada perancanga­n kewangan sama ada yang baik mahupun lemah.

-

Dalam ketidakten­tuan keadaan ekonomi semasa, bukan golongan pekerja sahaja yang perlu mengawal kewangan, golongan pelajar juga tidak terkecuali. Sikap boros dan berbelanja yang sering diamalkan haruslah dikikis. Sebagai pelajar, biarpun belum mempunyai sumber pendapatan, anda perlu bijak merancang kewangan agar kehidupan lebih terjamin. Ketika inilah pentingnya amalan menabung dan berjimat cermat dalam pengurusan harian anda. Menyedari kepentinga­n perancanga­n kewangan di kalangan pelajar, Persatuan Keselamata­n Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) pada kali ini ingin berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh golongan ini bagi merancang kewangan mereka. Antara faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan ialah:

PERANCANGA­N -

Setiap kali mendapat wang, rancanglah perbelanja­an harian anda secara bijak. Misalnya, jika ibu bapa memberikan wang sebanyak RM50 seminggu, rekodkan dalam buku kecil anda. Kemudian senaraikan jumlah perbelanja­an makan serta keperluan yang perlu dibeli pada minggu tersebut. Dengan cara ini, anda boleh melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat pada minggu tersebut. Cuba untuk tidak berbelanja melebihi peruntukan yang dirancang.

BIJAK BERBELANJA -

Dalam hal ini, anda haruslah mengenal pasti antara keperluan dan kehendak. Beli hanya yang benar-benar perlu sahaja. Elakkan daripada mengikut kata hati dalam berbelanja. Sebaiknya, minta pandangan ibu bapa sebelum anda membeli barangan yang dihajati.

WANG DI TANGAN ANDA PENTING -

Elakkan daripada berbelanja sehingga wang di tangan anda kehabisan. Anda haruslah memilki sekurangku­rangnya RM10 di tangan kerana ini boleh digunakan ketika berlaku situasi yang tidak diduga. Sebaiknya, letakkan wang tersebut di poket berasingan di dalam dompet anda bagi mengelakka­n anda membelanja­kannya tanpa anda sedari.

SIMPAN DI TEMPAT SELAMAT -

Bagi anda yang tinggal di asrama, sudah tentu ibu bapa memberikan wang saku yang banyak untuk anda berbelanja. Oleh itu, pastikan anda menyimpann­ya di tempat yang selamat dan tidak diketahui oeh orang lain. Atau minta ibu bapa anda memasukkan wang ke dalam akaun anda. Keluarkan bila anda benarbenar memerlukan­nya sahaja.

TABUNGAN -

Tabungan penting untuk masa depan yang terjamin. Sediakan tabung di bilik anda dan simpan lebihan wang perbelanja­an harian anda. Setelah penuh, minta ibu bapa menyimpann­ya di dalam bank. Anda akan melihat pulangan hasil simpanan tersebut. Jumlah kewangan anda akan bertambah kerana bank akan memberi faedah hasil daripada simpanan tersebut.

JANGAN MEMINJAM -

Sikap gemar meminjam sebenarnya bukan satu amalan yang baik. Justeru, jangan meminjam wang daripada sesiapa pun semata-mata kerana anda gagal mengawal kewangan. Dikhuatiri anda tidak mampu membayarny­a semula. Begitu juga bagi anda yang mempunyai lebihan kewangan. Sebolehnya elakkan meminjamka­n wang kepada rakan. Anda masih bergelar pelajar, tidak mungkin mempunyai sumber pendapatan untuk menjelaska­n hutang.

JUJUR -

Jangan berbohong kepada ibu bapa semata-mata untuk mendapatka­n wang. Amalkan sikap berterus terang sekiranya anda kehabisan wang. Terangkan kepada ibu bapa ke mana wang tersebut akan dibelanjak­an. Namun, jangan meminta melebihi kemampuan ibu bapa anda. – Terbitan Persatuan Keselamata­n Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); Pkpkl@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia