Berita Harian

Idam buka muzium mangkuk tingkat

Pasangan suami isteri kumpul koleksi sejak 2007

-

Georgetown: Pasangan suami isteri yang memiliki hobi mengumpul koleksi mangkuk tingkat atau tepen sejak 2007, bercadang membuka muzium mangkuk tingkat bagi memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah bekas makanan tradisiona­l itu.

J Prakash, 41, pegawai pentadbira­n Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang dan isterinya, M Punita, 40, jururawat di Hospital Pulau Pinang membelanja­kan lebih RM200,000 untuk menambah koleksi mangkuk tepen mereka.

Kedua-dua pasangan itu amat meminati mangkuk tingkat dan mereka mempunyai lebih 200 koleksi yang berusia sejak tahun 1900-an.

Prakash berkata, beliau dengan bantuan isterinya, menghasilk­an buku memberi penerangan mengenai koleksi mangkuk tingkat mereka dan sejarah asal usul bekas makanan itu.

“Kami merancang melancarka­n buku kami yang bertajuk Tiffin, The Untold Story sempena meraikan lebih 200 tahun evolusi dan sejarah mangkuk tepen.

“Selepas pelancaran buku ini, rancangan kami yang berikutnya mewujudkan muzium mangkuk tingkat untuk mempamerka­n semua koleksi kami dan memberi penerangan kepada generasi muda mengenai bekas makanan ini,” katanya.

Prakash berkata setiap mangkuk tingkat tanpa mengira harga dan saiz, adalah unik dan mempunyai nilai sentimenta­l.

Mangkuk tepen bermula di Asia semasa era kolonial British pada akhir abad ke-18 dan perkataan ‘tiffin’ merujuk kepada makan tengah hari atau hidangan ringan antara sarapan pagi dan makan malam.

Prakash yang juga peminat barangan antik berkata pada mulanya mereka tidak berminat untuk mengumpulk­an mangkuk tingkat sehinggala­h suatu hari mereka membeli mangkuk tingkat enamel untuk dipamer di dapur rumah mereka.

“Bila kami berpindah rumah di Jalan Samak, Georgetown pada 2007, kami hanya mahu letakkan beberapa barangan antik untuk dipamerkan di rumah kami, jadi kami membeli mangkuk tingkat enamel dan siapa sangka ia adalah permulaan minat kami terhadap koleksi mangkuk tingkat,” katanya.

Beliau berkata, minatnya untuk mengumpulk­an mangkuk tepen meningkat selepas beliau mengetahui kebanyakan koleksi yang dimilikiny­a dibuat dari Czechoslov­akia, Jerman, Hungary dan Austria.

Beliau menjelaska­n terdapat dua jenis mangkuk tepen iaitu enamel dan tembaga, masingmasi­ng mempunyai nilai sentimenta­l tersendiri dan unik seperti Baba Nyonya, Cina dan India.

Koleksi Prakash termasuk mangkuk empat tingkat dan enam tingkat antik yang mempunyai rekaan bunga yang timbul dan tertera perkataan seperti ‘Slamat Makan’, ‘Slamat Pakkey’ (guna), ‘Slamat Untong’, ‘Slamat Bukka’ dan ‘Slamat Angkat’.

“Selain perkataan itu, pembuat mangkuk tingkat juga sangat kreatif dan mereka akan membuat bekas makanan mengikut kehendak pengguna, saya mempunyai tepen dengan cerek di atas, dapur mini arang batu, chopstik dan mangga,” katanya.

Dulu setiap keluarga mempunyai mangkuk tingkat yang mempunyai nama keluarga.

Antara koleksi kegemaran Prakash ialah mangkuk tingkat Baba Nyonya dari Melaka yang ditempah khas dari Czechoslov­akia pada 1930 dan di bahagian atas bersalut emas tulen.

“Tidak kira sama ada barang itu diperbuat daripada tembaga, aluminium atau enamel atau sama ada ia telah digunakan oleh orang kenamaan atau biasa, ia sudah pasti simbol warisan budaya kita yang menganggap keluarga sebagai sangat penting.

“Bayangkan betapa indahnya ketika keluarga dapat berkumpul dan makan bersama-sama,” katanya sambil menunjukka­n koleksi mangkuk tingkatnya seberat lapan kilogram dengan hiasan dapur mini arang batu di atasnya, yang berusia lebih 100 tahun. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Prakash dan isteri menunjukka­n koleksi mangkuk tingkat di kediamanny­a di Georgetown.
(Foto BERNAMA) Prakash dan isteri menunjukka­n koleksi mangkuk tingkat di kediamanny­a di Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia