Berita Harian

BERSATU mungkin hilang jawatan Menteri Besar di 3 negeri

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Audrey Dermawan, Noor Azura Abdul Rahman, Amir Mamat dan Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Pelantikan Ketua Menteri Melaka baharu masih jadi tanda tanya

Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berpotensi hilang jawatan Menteri Besar di tiga negeri yang disandang sebelum ini, susulan keputusann­ya keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Ketika bersama PH, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU menjadi Menteri Besar di Johor, Perak dan Kedah, selain EXCO dalam pentadbira­n kerajaan Selangor dan Melaka.

Susulan penyertaan dalam Perikatan Nasional (PN), ADUN BERSATU menjadi minoriti dalam PN di negeri berkenaan, menyebabka­n parti dengan kerusi lebih dominan menuntut jawatan Menteri Besar, kecuali Kedah yang masih diketuai BERSATU dengan sokongan PH.

Jawatan Menteri Besar Johor yang sebelum ini disandang Datuk Dr Shahrudin Jamal, sudah diambil alih ADUN UMNO, Datuk Hasni Mohammed.

Semalam, dua ADUN BERSATU disisihkan PN Melaka ditunjangi UMNO dalam pembentuka­n pentadbira­n kerajaan negeri yang baharu, selepas gabungan itu turut mendapat sokongan wakil DAP dan PKR yang meninggalk­an parti asal masing-masing.

Wakil BERSATU, ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohid­een dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad, disisihkan kerana enggan menyokong calon UMNO sebagai Ketua Menteri.

Sehingga malam tadi, Ketua Menteri Melaka yang baharu, masih menjadi tanda tanya, manakala majlis angkat sumpah jawatan itu yang dijadualka­n hari ini, turut ditangguhk­an.

“Dimaklumka­n, Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob memutuskan istiadat angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-12 ditangguhk­an kepada Isnin ini,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan, menerusi satu kenyataan lewat petang semalam.

PH Selangor diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pula menyingkir­kan lima ADUN, termasuk seorang EXCO daripada BERSATU daripada pentadbira­n negeri itu, semalam.

“Pembabitan semua pimpinan dan ahli BERSATU adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafaka­tan Ketua Kampung (MPKK), anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiann­ya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya.

Beliau berkata, semua jawatan dipegang pemimpin dan ahli BERSATU akan dilucutkan secara berperingk­at, selain peruntukan lima ADUN terbabit bersama dua wakil bebas di negeri ini dibekukan serta-merta.

Di Kedah pula, walaupun Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bertegas mempertaha­nkan kedudukann­ya sebagai Menteri Besar dengan kerjasama PH, namun beliau kini dipercayai berdepan masalah dalaman.

Beberapa ADUN parti itu mula berbelah-bahagi sokongan mereka kepada Mukhriz kerana dikatakan cenderung menyokong Muhyiddin.

Peralihan sokongan ADUN BERSATU di Kedah kepada PN akan membuka laluan kepada PAS yang mempunyai 15 kerusi di negeri itu, menuntut jawatan Menteri Besar.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, pula mahu dua ADUN BERSATU di negeri itu, iaitu ADUN Bertam, Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zulkifly Md Lazim, menjelaska­n pendirian masing-masing.

“Mana-mana ADUN yang melompat parti perlu mengosongk­an kerusi masing-masing selaras undang-undang antilompat parti,” katanya.

Setakat ini, kedudukan BERSATU yang mempunyai dua kerusi ADUN, termasuk jawatan Menteri Besar di Perak, masih samar kerana tiada sebarang pengumuman dibuat mana-mana pihak.

Bagaimanap­un, difahamkan UMNO yang mempunyai 25 kerusi dalam PN di negeri itu turut menuntut jawatan berkenaan.

Semua jawatan dipegang pemimpin dan ahli BERSATU akan dilucutkan secara berperingk­at, selain peruntukan lima ADUN terbabit bersama dua wakil bebas di negeri ini dibekukan serta-merta. Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Amirudin bersama pemimpin PH semalam. pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam,
(Foto Faiz Anuar/bh) Amirudin bersama pemimpin PH semalam. pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia