Berita Harian

Perubahan kerajaan tak jejas siasatan kes berprofil tinggi: KPN

Tiada siapa boleh halang bidang kuasa kehakiman: KPN

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Pelabuhan Klang: Kemelut politik yang melanda ketika ini tidak memberi kesan kepada kes berprofil tinggi yang sedang dan akan dibicaraka­n di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kes terbabit berada dalam bidang kuasa Peguam Negara dan mahkamah.

“Setakat ini, tidak ada apa-apa perubahan, itu proses undang-undang dan ia bukan proses politik, yang mana sudah ditetapkan untuk bicara atau yang sedang berbicara, berjalan seperti biasa.

“Tiada sesiapa yang boleh halang, itu bawah Peguam Negara dan kehakiman,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani Deklarasi Kerjasama Strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) Kementeria­n Dalam Negeri

(KDN), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Abdul Hamid berkata, menjadi satu kesalahan jika mana-mana pihak mengeluark­an arahan supaya kes berkenaan ditutup atau sebagainya.

Kedudukan kes berprofil tinggi, termasuk membabitka­n beberapa pemimpin politik menjadi perhatian ramai sejak perubahan kerajaan Ahad lalu yang mana mereka meminta tidak ada cubaan menutupnya.

Sementara itu, ditanya sama ada berlaku pertukaran dalam PDRM susulan perubahan kerajaan pada peringkat Persekutua­n, Abdul Hamid menjelaska­n tidak berlaku pertukaran jawatan dalam organisasi itu.

Katanya, warga PDRM menjalanka­n tugas seperti biasa mengikut Perlembaga­an dan jika ada perubahan atau pertukaran, ia disebabkan ramai pegawai kanan menamatkan perkhidmat­an pada tahun ini.

Sementara itu, pada majlis itu, PDRM dan Maritim Malaysia memeterai kolaborasi strategik memperkuku­hkan keselamata­n perairan negara.

Kerjasama itu membabitka­n perkongsia­n maklumat, kepakaran, aset, latihan dan modal insan serta operasi bersama.

Abdul Hamid berkata, kerjasama itu detik bersejarah PDRM dan menjamin keberhasil­an kerja serta pelaksanaa­n tanggungja­wab kedua-dua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia