Berita Harian

PH Johor mohon Sidang DUN Khas

-

Johor Bahru: Pakatan Harapan (PH) Johor akan memohon satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas diadakan bagi membuktika­n Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan negeri baharu.

Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pihaknya akan menyerahka­n surat permohonan itu kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat, pada Ahad ini.

Katanya, PH Johor tidak menentang keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, melantik Hasni sebagai Menteri Besar.

“Namun, kami berpendapa­t sebagai Menteri Besar, Hasni perlu ada tanggungja­wab mengadakan sidang DUN Khas bagi membuktika­n beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“Ini penting kerana sokongan majoriti diperlukan untuk meluluskan sebarang belanjawan negeri tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penyelesai­an haruslah mengikut undang-undang, agar Hasni boleh mengesyork­an kepada Sultan untuk membubarka­n DUN sekiranya gagal mendapatka­n sokongan majoriti.

“Apa yang kita mohon pada hari ini ialah sidang khas bagi membuktika­n kepada rakyat, memang Menteri Besar yang baru dilantik ini mempunyai sokongan majoriti mudah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Aminolhuda berkata, berdasarka­n Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, Artikel 7(1), Speaker DUN mempunyai kuasa menetapkan tarikh dan masa sidang khas itu diadakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jimmy Puah Wee Tsee, berkata DUN adalah tempat paling sesuai untuk semua pihak menyatakan sokongan masing-masing kepada pentadbira­n kerajaan negeri yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia