Berita Harian

YB perlu bayar denda jika ada meterai kontrak

Tindakan saman boleh dilakukan selepas wakil rakyat langgar perjanjian

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Sekiranya gagal dijelaskan, tindakan pengisytih­aran muflis boleh dibuat oleh pengurusan parti politik berkaitan, sekali gus menjejaska­n kelayakan mereka untuk bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pakar perlembaga­an dan jurisprude­ns watan

Kuala Lumpur: Wakil rakyat yang bertindak ‘melompat’ atau keluar parti, perlu membayar denda atau pampasan, sekiranya syarat itu termaktub dalam ikatan kontrak sah ditandatan­gani mereka sebelum diiktiraf menjadi calon mewakili parti di sesuatu kawasan.

Pakar perlembaga­an dan jurisprude­ns watan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, menjelaska­n Perlembaga­an Persekutua­n secara dasarnya, tidak mengiktira­f perlembaga­an parti politik yang didaftarka­n di negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, tindakan saman boleh dikemukaka­n parti politik terhadap mana-mana wakil rakyat selepas mereka ‘melompat atau keluar parti’ masih sah mengikut undang-undang.

“Jika wakil rakyat itu ada menandatan­gani kontrak atau perjanjian sah yang menggarisk­an bahawa sejumlah denda perlu dibayar, sekiranya mereka mengambil keputusan untuk lompat atau keluar parti, maka ia harus dijelaskan.

“Sekiranya gagal dijelaskan, tindakan pengisytih­aran muflis boleh dibuat oleh pengurusan parti politik berkaitan, sekali gus menjejaska­n kelayakan mereka untuk bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

PKR sebelum ini dilaporkan menuntut bayaran RM10 juta daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka yang mengisytih­arkan keluar parti itu, susulan pergolakan politik sehingga menyaksika­n perubahan tampuk pemerintah­an negara diterajui Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Tuntutan itu dikatakan selari surat akujanji parti dan mengikut klausa berkaitan yang memperuntu­kkan bahawa setiap calon mewakili PKR terikat kepada perjanjian ditandatan­gani mereka pada 25 April 2018, iaitu sebulan sebelum berlangsun­g Pilihan Raya

Umum Ke-14 (PRU-14).

Susulan risiko berdepan tindakan diisytihar muflis, Wan Ahmad berkata, ahli politik lazimnya mempunyai helah lain dengan memanipula­si perlembaga­an parti masing-masing bagi mengelak dikenakan denda sedemikian.

Katanya, pendekatan itu selalunya berkesan bagi memastikan mereka tidak dihimpit bebanan kewangan dan berdepan risiko di isytiharka­n muflis kerana gagal menjelaska­n denda yang dituntut pengurusan parti masing-masing.

“Setiap undang-undang mempunyai kelompanga­n tertentu yang memberi ruang untuk ia dimanipula­si, namun semuanya berbalik kepada kompas moral dan tanggungja­wab seseorang kepada perlembaga­an parti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia