Berita Harian

Marzuki Ketua Setiausaha Sulit PM

-

Putrajaya: Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, semalam, berkata Marzuki, lulusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pernah menjadi Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri pada 2018, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik memegang jawatan itu pada tahun sama.

Marzuki juga pernah melanjutka­n pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah (Sains Politik) daripada Australian National University, Australia.

Marzuki memulakan kerjaya sebagai pensyarah UIAM pada 1999.

“Beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan pada 2013 hingga 2015.

“Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali di pejabatnya di Putrajaya, semalam bagi mendapatka­n penerangan mengenai sektor perdaganga­n dan pelaburan asing dalam negara. Satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Perdana Menteri turut menyertaka­n empat keping gambar pertemuan yang turut dihadiri oleh pegawai tertinggi MITI. Lokman turut memberi penerangan mengenai status terkini penganjura­n sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) oleh Malaysia, November depan.

 ??  ?? Dr Marzuki Mohamad
Dr Marzuki Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia