Berita Harian

Reaksi berbeza Kabinet diisi profesiona­l, teknokrat

Ahli Parlimen anggap golongan lebih fokus terhadap tugas, berpengala­man

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen kerajaan bersetuju supaya lantikan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, turut mengambil kira individu dari kalangan profesiona­l dan teknokrat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pembabitan mereka perlu dalam kerajaan untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Tokoh korporat dalam kalangan golongan profesiona­l akan lebih fokus terhadap tugas dengan pengalaman, berbanding ahli politik yang perlu membahagik­an masa untuk parti dan rakyat di kawasan diwakili.

“Berdasarka­n rekod kepemimpin­an Perikatan Nasional (PN), saya yakin Kabinet akan dibentuk dari kalangan mereka yang mempunyai kelayakan,” katanya kepada BH, semalam.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri berjanji hanya akan melantik jemaah menteri daripada kalangan pemimpin bersih, berintegri­ti dan berkaliber.

Ahli Parlimen Santubong daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata individu profesiona­l dan teknokrat sememangny­a layak, namun kepakaran sahaja tidak mencukupi.

“Contohnya pakar perubatan belum tentu boleh berjaya menjadi menteri kesihatan, begitu juga pakar kejurutera­an, alam sekitar atau apa juga kepakaran profesiona­l.

“Belum tentu mereka boleh berjaya di bawah kementeria­n jika mengguna pakai segala kebolehan, kepandaian, ilmu, pengalaman dan sebagainya,” katanya.

Selain ilmu dan kepakaran, katanya, individu terbabit mesti memiliki keupayaan lain seperti kedudukan dalam politik, diplomasi,

Contohnya pakar perubatan belum tentu boleh berjaya menjadi menteri kesihatan, begitu juga pakar kejurutera­an, alam sekitar atau apa juga kepakaran profesiona­l.

Berdasarka­n rekod kepemimpin­an Perikatan Nasional (PN), saya yakin Kabinet akan dibentuk dari kalangan mereka yang mempunyai kelayakan.

mudah mendekati serta berpengala­man dalam pentadbira­n.

Katanya, pentadbira­n kerajaan adalah lebih kompleks daripada apa yang dilihat dari luar kerana bukan ilmu dan pendidikan sahaja boleh menjadi kayu ukuran.

“Ia lebih dari itu, termasuk kebijaksan­aan dalam semua sudut, khususnya dalam mentadbir Kerajaan

Persekutua­n,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mahu semua pihak memberi ruang kepada Perdana Menteri menentukan pasukannya.

“Ia prerogatif Perdana Menteri. Banyak perkara yang perlu disempurna­kan. Beri Perdana Menteri peluang seluasnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia