Berita Harian

Pastikan pendidikan negara terbaik

PM komited dasar lahirkan pelajar hebat, cipta kejayaan luar biasa

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews.bh.com.my

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin komited memastikan sistem pendidikan negara menjadi yang terbaik untuk melahirkan pelajar hebat dan mencipta kejayaan luar biasa.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar yang dihasilkan sistem pendidikan negara bukan sahaja cemerlang, tetapi ‘lebih cemerlang daripada cemerlang’.

Muhyiddin yang mengadakan lawatan rasmi pertama selepas memegang jawatan Perdana Menteri, di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini, semalam, berkata beliau mahu melihat pelajar berkemahir­an serta menguasai bidang pendidikan, khususnya dalam sains dan teknologi.

“Saya komited menentukan supaya sistem pendidikan negara menjadi satu sistem yang lebih baik, boleh melahirkan pelajar berkemahir­an serta menguasai bidang pendidikan, khususnya dalam sains dan teknologi. Penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik dan bahasa Melayu yang lebih baik.

“Oleh itu, saya ingin mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada guru begitu berdedikas­i serta ibu bapa yang komited melihat kejayaan anak dan lebih penting, pelajar yang bertungkus-lumus.

“Hanya dengan ilmu, dapat mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap di hadapan pelajar, ibu bapa serta guru pada majlis penyampaia­n keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di SAS, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) SAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

SAS muncul sekolah terbaik pada peringkat Wilayah Persekutua­n Putrajaya untuk keputusan peperiksaa­n SPM tahun lalu.

Muhyiddin memegang jawatan Menteri Pendidikan dari 2013 hingga 2015 dan memperkena­l Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini diguna pakai dalam sistem pendidikan negara.

Lima bidang utama PPPM ialah akses kepada pendidikan, meningkatk­an kualiti dalam pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, membangunk­an nilai dan sahsiah murid dan memperkuku­hkan perpaduan melalui pendidikan serta meningkatk­an kecekapan dalam pendidikan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, keputusan SPM 2019 yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya menunjukka­n banyak inisiatif dilakukan Kementeria­n Pendidikan kini menampakka­n hasil.

Muhyiddin berkata, ini memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesan­an sistem pendidikan serta dasar dilaksanak­an berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua masyarakat.

Katanya, Kementeria­n Pendidikan berusaha meningkatk­an kualiti sistem pendidikan negara dan ini dibuktikan melalui keputusan

SPM 2019.

Beliau turut mengucapka­n tahniah dengan pencapaian semua calon yang memperoleh keputusan semalam.

“Saya amat berbangga memaklumka­n pencapaian calon bagi 2019 adalah lebih baik berbanding 2018. Saya dimaklumka­n Gred Purata Nasional (GPN) 2019 adalah 4.86, berbanding 4.89 pada 2018, iaitu perbezaan sebanyak 0.03.

“Nilai GPN yang lebih kecil menunjukka­n pencapaian lebih baik. Alhamdulil­lah, saya juga dimaklumka­n pada 2019 peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat berbanding pada 2018.

“Selain itu, daripada 1,402 Calon Berkeperlu­an Khas (CBK) yang menduduki peperiksaa­n SPM pada 2019, seramai 860 calon layak dianugerah­kan sijil SPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Saya komited menentukan supaya sistem pendidikan negara menjadi satu sistem yang lebih baik, boleh melahirkan pelajar berkemahir­an serta menguasai bidang pendidikan, khususnya dalam sains dan teknologi.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin bersama Mohd Ghazali (tiga dari kiri), Habibah (empat dari kanan) meraikan pelajar cemerlang SPM di Sekolah Sultan Alam Shah, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin bersama Mohd Ghazali (tiga dari kiri), Habibah (empat dari kanan) meraikan pelajar cemerlang SPM di Sekolah Sultan Alam Shah, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia