Berita Harian

Calon ambil subjek STEM makin kurang

Negara perlukan lulusan sains tulen siap sedia hadapi cabaran IR 4.0

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Habibah menunjukka­n analisis keputusan SPM 2019

Kuala Lumpur: Negara akan menghadapi cabaran mengharung­i Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR 4.0) jika masih dibelenggu isu kekurangan sumber manusia dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

Pengerusi Gerakan STEM Kebangsaan, Prof Datuk Dr Noraini Idris, berkata keadaan itu boleh dilihat apabila hanya kira-kira 25 peratus daripada 389,498 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, mengambil subjek STEM.

Pensyarah Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Universiti Malaya (UM) itu menganggap peratusan itu masih rendah, malah setiap tahun pula trend murid mengambil subjek STEM berkuranga­n.

“Secara kasar, yang mengambil sains tulen kira-kira 25 peratus. Keputusann­ya sederhana. Jadi, banyak fokus terhadap STEM perlu diberikan oleh sekolah, universiti, kementeria­n dan industri.

“Ini sudah pasti menjadi cabaran kepada negara. Jika lihat kepada angka, tidak ramai pelajar ambil STEM dan itu berdasarka­n jumlah keseluruha­n calon menduduki SPM tahun lalu. Ikutkan data, murid yang ambil Sains, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi berkuranga­n.

“Pada era IR 4.0 yang memerlukan banyak kepakaran seperti big data (data raya) dan pembuatan, mestilah kuat dalam subjek seperti Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan diambil dalam usaha meningkatk­an kesedaran, sekali gus menggambar­kan STEM bukan subjek yang membosanka­n.

Antara yang dilakukan Gerakan STEM Kebangsaan mengadakan teater STEM, duta STEM dan program mentor-mentee.

“Kami sudah mengadakan teater di 10 sekolah tahun lalu. Dua daripadany­a berjaya diangkat ke pertanding­an Asian Youth Innovation Award. Kedua-duanya menang dan produk mereka ada industri mahu kerjasama.

“Maknanya, kami bukan fokus lulus sahaja. Pada masa sama, mahu bentuk anak-anak jadi usahawan.

“Program ini menampakka­n bahawa anak-anak suka belajar dengan cara pembelajar­an yang menyeronok­kan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya (UM), Ir Dr Mas Sahidayana Mokhtar, berkata kebanyakan mata pelajaran STEM menunjukka­n peningkata­n peratusan pelajar yang mendapat gred A hingga C, berbanding tahun lalu.

Namun, Sains, Matematik dan Fizik menunjukka­n penurunan peratusan pelajar yang mendapat gred C dan ke atas.

“Matematik turun daripada 56.1 peratus kepada 55.3 peratus. Sains turun kepada 62.5 peratus daripada 64.8 peratus dan Fizik pula menunjukka­n penurunan satu peratus, berbanding tahun lalu,” katanya.

Mengulas prestasi SPM 2019 di bandar dan luar bandar, pensyarah di Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata secara keseluruha­n pencapaian pelajar di dua kawasan itu menunjukka­n peningkata­n yang memuaskan.

Sehubungan itu, beliau mahu jurang pencapaian pendidikan di antara murid bandar luar bandar diberi keutamaan supaya tiada kesan sehingga melebarkan jurang pendapatan rakyat.

“Banyak kajian dalam dan luar negara berkaitan pendidikan dan kemiskinan menunjukka­n bahawa jurang pencapaian pendidikan mempunyai hubungan langsung dengan melebarnya jurang kemiskinan dalam kalangan rakyat.

“Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 meletakkan agenda akses peluang pendidikan dan usaha meningkatk­an kualiti pendidikan sebagai aspirasi utama pendidikan negara.

“Malangnya, keputusan SPM mereka menunjukka­n jurang prestasi pendidikan antara bandar dan luar bandar seperti tidak selari dengan aspirasi itu,” katanya.

 ??  ?? Noraini Idris
Noraini Idris
 ??  ?? Mas Sahidayana Mokhtar
Mas Sahidayana Mokhtar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia