Berita Harian

Pencapaian lebih baik, GPN 4.86

-

Putrajaya: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 mencatatka­n pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.86, berbanding 4.89 pada 2018.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata seramai 8,876 calon (2.28 peratus) memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, berbanding 8,436 calon (2.15 peratus) pada 2018, peningkata­n sebanyak 440 calon (0.13 peratus).

Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukka­n peningkata­n seramai 2,678 calon, iaitu 77,038 pada 2019, berbanding 74,360 calon pada 2018.

“Seramai 147,738 calon (37.93 peratus) pula mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang diduduki pada 2019, peningkata­n sebanyak 69 calon (0.05 peratus), berbanding 2018.

“Peratus calon yang layak menerima sijil SPM 2019 selepas lulus mata pelajaran wajib, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah juga meningkat sebanyak 0.33 peratus, iaitu 86.72 peratus (337,773 calon), berbanding 86.39 peratus (338,350 calon) pada 2018,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Seramai 389,498 calon menduduki SPM pada 2019 di 3,313 pusat peperiksaa­n di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 357,010 calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan serta 8,320 ialah calon lagi di bawah agensi kerajaan, selain Kementeria­n Pendidikan.

Selain itu, 8,317 calon sekolah menengah agama negeri; sekolah menengah agama rakyat (2,209); manakala 14,203 ialah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan dan 26,357 calon persendiri­an.

Habibah berkata, jurang pencapaian antara calon di bandar dengan luar bandar mencatatka­n peningkata­n GPN 0.01, iaitu 0.44 pada 2019, berbanding 0.43 pada 2018.

“Pencapaian calon luar bandar meningkat kepada GPN 5.14 berbanding 5.18 pada 2018, manakala pencapaian calon bandar turut menunjukka­n peningkata­n, iaitu 4.70 berbanding 4.75 pada 2018.

“Bagi 1,402 Calon Berkeperlu­an Khas (CBK) yang menduduki SPM 2019 pula, seramai 860 calon (61.34 peratus) layak dianugerah­kan sijil, manakala seramai 16 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya.

 ?? (Foto Harry Salzman/bh) ?? di Kementeria­n Pendidikan, Putrajaya, semalam. selepas sidang media
(Foto Harry Salzman/bh) di Kementeria­n Pendidikan, Putrajaya, semalam. selepas sidang media

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia