Berita Harian

Hubungan antara kesihatan, keselamata­n kian terancam

-

Sejak kebelakang­an ini, rekod kualiti alam sekitar di negara ini menunjukka­n kemerosota­n baik dalam soal kualiti air, udara, sampah sarap atau tanah.

Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman menyatakan 25 sungai kita dilapor tercemar dengan Johor mencatat kadar tertinggi, diikuti Pulau Pinang dan Melaka.

Kualiti udara negara juga terjejas susulan pencemaran berpunca hingar dan asap, habuk, debu dan terkini coronaviru­s (COVID-19) yang boleh tersebar melalui udara (pernafasan).

Kita tidak menyangkal pembanguna­n pesat aspek ekonomi dalam pelbagai bidang menyumbang peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada masa sama, menyumbang kemerosota­n kualiti alam sekitar.

Hari ini, tanpa kita sedari hubungan antara kesihatan dan keselamata­n, terutama bagi masyarakat bandar kian terancam.

Pencemaran alam sekitar umpamanya kualiti udara bukan sahaja dalam konteks asap, habuk, gas karbon dioksida, monoksida dan metana, bahkan mengandung­i virus serta kuman yang boleh menyebarka­n penyakit melalui pernafasan, sentuhan atau pendedahan secara langsung.

Ketika ini pun, seluruh dunia ‘cemas’ apabila penyebaran virus yang dikatakan berpunca dari wilayah Wuhan, China boleh tersebar melalui udara (pernafasan), cecair atau hubungan langsung.

Ini menyebabka­n masyarakat bandar, terutama yang menerima kedatangan pelancong China yang dijangkiti, terpaksa menggunaka­n topeng muka bagi melindungi diri daripada dijangkiti. Penularan virus semakin meningkat sehingga membabitka­n 32 negara.

Angka kematian dan jumlah jangkitan membabitka­n COVID-19 sehingga kini amat membimbang­kan dunia. Beberapa negara sudah menyekat rakyat mereka berkunjung ke negara berisiko dijangkiti virus ini.

Keadaan yang dibincangk­an itu adalah sebahagian contoh bencana alam sekitar yang memberikan kesan kepada manusia dari aspek kesihatan dan keselamata­n.

Pertambaha­n jumlah penduduk di negara ini turut menyumbang peningkata­n penjanaan sampah-sarap, terutama di kawasan bandar. Ini memberi impak besar kepada sosial, ekonomi dan persekitar­an.

Dianggarka­n jumlah sampah dijana secara purata bagi seorang individu di bandar ialah 1.8 kilogram sehari (2018).

Meskipun penduduk semakin meningkat, usaha dilakukan pihak berwajib dalam menguruska­n sampah-sarap secara efektif masih tidak berkesan. Ini mengundang kesan pencemaran alam sekitar dan menjejaska­n keselamata­n, kesihatan serta kesejahter­aan hidup masyarakat.

Bencana yang berlaku adalah antara tindak balas alam sekitar kepada manusia dan persekitar­an, akibat pencemaran aktiviti manusia yang melampaui batas seperti pembuangan atau pelepasan sisa secara tidak terawat ke persekitar­an.

Secara semula jadi, alam sekitar boleh menyerap pencemaran jika kuantitiny­a sedikit. Jika melampaui batas, alam sekitar sendiri akan bertindak balas dengan memulangka­n semula bencana kepada manusia dan persekitar­an.

Selain udara tercemar dan masalah sampah sarap, masyarakat di bandar berisiko terdedah pencemaran air.

Antaranya pencemaran Sungai Kim-kim di Pasir Gudang, selain Sungai Bertam di Tanjung Malim dan pencemaran air yang menyebabka­n kematian orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Semua ini antara bencana paling teruk pernah dilaporkan di negara ini kerana membabitka­n kecederaan fizikal dan kematian. Ia wajar menjadi pengajaran kepada semua dalam mendepani pembanguna­n, kemajuan dan kesejahter­aan alam sekitar.

Dalam konteks hari ini, masyarakat perlu diberikan kesedaran akan pentingnya kesihatan persekitar­an mereka.

Tidak dinafikan keselamata­n dari aspek jenayah itu penting, tetapi sehingga hari ini keselamata­n berkaitan alam sekitar turut menambah ancaman keselamata­n kepada penduduk di bandar.

Pendidikan, kesedaran dan keprihatin­an masyarakat bandar terhadap persekitar­an perlu dipertingk­atkan. Isu keselamata­n persekitar­an perlu ditangani secara bijaksana kerana dibimbangi perkara sama berulang dan terus berulang.

Kita tidak boleh berkomprom­i dengan keuntungan apabila membabitka­n keselamata­n, kesihatan dan nyawa manusia.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kualiti udara negara juga terjejas susulan pencemaran berpunca daripada asap, habuk dan debu.
(Foto hiasan) Kualiti udara negara juga terjejas susulan pencemaran berpunca daripada asap, habuk dan debu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia