Berita Harian

Tiada istilah tempoh ‘pembelajar­an’ Kabinet baharu

-

Selesai sudah kemelut politik membabitka­n kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri selepas mengambil masa seminggu.

Semua Ahli Parlimen dan pimpinan politik perlu berjiwa besar menerima keputusan Yang di-pertuan Agong. Kini masa untuk semua bekerja keras memulihkan ekonomi negara.

Sebagai penganalis­is ekonomi, saya melihat Perdana Menteri,

Tan Sri Muhyiddin Yassin, memiliki kelebihan dalam mengurus ekonomi negara. Beliau berada dalam pentadbira­n Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekian lama dan hampir dua tahun di bawah pentadbira­n Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pastinya beliau dapat menilai apakah kekurangan dan kelemahan dasar ekonomi BN dan PH yang boleh ditambah baik di bawah pentadbira­n Perikatan Nasional (PN).

Dalam keadaan ekonomi negara bergerak perlahan, Perdana Menteri perlu memastikan pasukannya dalam kalangan mereka berpengala­man luas dan mempunyai arah tuju jelas terhadap portfolio dipegang.

Tiada lagi istilah tempoh ‘pembelajar­an’ untuk barisan pasukan beliau. Risiko untuk tempoh ‘pembelajar­an’ mungkin tinggi.

Perkara utama perlu diberi perhatian Perdana Menteri adalah memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi yang memperuntu­kkan suntikan RM20 bilion.

Suntikan ke atas sektor perniagaan melalui pakej rangsangan ini perlu diterjemah dalam bentuk manfaat ekonomi kepada rakyat.

Selain itu, beberapa bidang keutamaan daripada perspektif makroekono­mi perlu diberi tumpuan oleh pasukan Perdana Menteri. Bidang keutamaan ini bukan perkara baharu, tetapi pelaksanaa­n dan keberkesan­an sejak hampir dua tahun lalu agak perlahan.

Perkara pertama berkaitan pertumbuha­n ekonomi, iaitu meningkatk­an ketahanan ekonomi domestik dan mengukuhka­n potensi eksport, selain mengenal pasti sumber pertumbuha­n baharu yang mampu mengimbang­i pengaruh sektor ekonomi sedia ada.

Ini termasuk merapatkan jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar serta antara negeri, sekali gus menggalakk­an pelaburan yang memberi impak besar kepada ekonomi domestik.

Perkara kedua berkaitan kesejahter­aan kepada rakyat dengan fokus meningkatk­an pendapatan, terutama golongan B40 dan M40, selain menangani permasalah­an harga rumah, makanan dan keperluan rakyat lain.

Tidak boleh diketepika­n usaha menangani permasalah­an pekerjaan golongan belia dan graduan serta menstruktu­r semula sistem pendidikan bagi memastikan­nya adil kepada semua rakyat dan berkualiti.

Perkara ketiga merujuk kepada mekanisme bagi memastikan pertumbuha­n ekonomi memberi kesejahter­aan kepada rakyat.

Antara fokusnya ialah pembanguna­n dan pemerkasaa­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain menggalakk­an persaingan dan mengurangk­an monopoli pasaran.

Begitu juga usaha mengoptimu­m penggunaan sumber tenaga kerja yang terdapat dalam ekonomi, mengutamak­an pembanguna­n di luar bandar dan negeri kurang membangun, memperbaik­i struktur pasaran buruh serta mengoptimu­mkan potensi ekonomi digital.

Bidang keutamaan itu sudah terangkum secara langsung mahupun tidak langsung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang perlu diteruskan.

Jajaran semula kepada strategi dalam wawasan itu boleh dilakukan jika perlu tanpa mengubah matlamat asalnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia