Berita Harian

Latheefa pertahan tindakan

Perbuatan dedah rakaman audio sebagai peringatan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, mempertaha­n tindakanny­a mengadakan sidang media memperdeng­ar sembilan klip rakaman audio membabitka­n beberapa individu berprofil tinggi sebagai peringatan kepada orang ramai.

Dalam keterangan­nya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, Latheefa menegaskan kandungan rakaman perbualan telefon itu adalah penting dan perlu didedah kepada masyarakat kerana membabitka­n individu berkepenti­ngan tinggi.

Katanya, adalah menjadi tugas beliau sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM untuk dedahkan rakaman audio itu kepada orang ramai.

Latheefa selaku saksi ke-13 pembelaan memberi keterangan pada perbicaraa­n hari ke-88 kes SRC Internatio­nal membabitka­n Datuk Seri Najib Razak.

Ketika ditanya peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, apa yang diharap daripada orang ramai menerusi pendedahan itu, Latheefa berkata, ia bertujuan memastikan jabatan penting seperti Pejabat Peguam Negara, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM tidak lagi terbabit dengan aktiviti jenayah.

Beliau juga membantah cadangan Muhammad Shafee, bahawa rakaman perbualan telefon itu dipintas secara tidak sah, sebaliknya menyatakan perkara itu tidak dapat dipastikan dan kini berada dalam siasatan SPRM.

Muhammad Shafee: Anda setuju pintasan itu mungkin dibuat secara tidak sah?

Latheefa: Ya

Muhammad Shafee: Anda mendedahka­n perkara itu tanpa mengetahui ia dirakam secara tidak sah, sebelum melakukan kesilapan itu? Latheefa: Kesilapan apa? Saya tidak melihat itu sebagai kesilapan.

Mendengar jawapan itu, keadaan mahkamah mula bertukar tegang dan Latheefa dilihat terus mempertaha­nkan tindakanny­a.

Muhammad Shafee: Anda menyatakan terdapat kebarangka­lian ia mungkin dirakam secara tidak sah. Tidakkah anda berasa ia perlu disiasat dan tidak perlu didedahkan kepada umum? Latheefa: Ia bukan ini atau itu. Kami masih boleh mendedahka­n perkara itu dan pada masa yang sama menjalanka­n siasatan.

Terdahulu, Latheefa menceritak­an beliau menerima sampul surat mengandung­i sembilan pemacu kilat dan nota menjelaska­n isi kandungann­ya pada 3 Januari 2020.

“Sampul surat itu diterima daripada pegawai khas Timbalan

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang dihantar ke rumahnya.

“Saya kemudian dengan segera mengarahka­n pasukan saya untuk melihat isi kandungan dokumen itu,” katanya.

Menjawab soalan Muhammad Shafee adakah menjadi amalan SPRM untuk mendedahka­n nama individu dalam pendedahan oleh suruhanjay­a itu, Latheefa menjawab: “Ya”.

Muhammad Shafee: Perkara itu dilakukan oleh SPRM? Latheefa: Ya, sebagai contoh skandal air Sabah, di mana seluruh jabatan itu terbabit dan wang ditemui serta pengarahny­a dikenal pasti.

Pada 8 Januari lalu, SPRM menerusi sidang media memainkan sembilan klip rakaman audio mengandung­i perbualan telefon antara individu berprofil tinggi antaranya Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad membabitka­n 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan skandal SRC Internatio­nal.

Terdahulu, Muhammad Shafee menjelaska­n Latheefa disapina oleh pihak pembelaan bagi memberi keterangan berhubung kesahihan rakaman itu.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin ini.

Sementara itu, Latheefa ketika ditemui media di luar mahkamah, memberitah­u beliau sudah mengarahka­n pegawainya memulakan siasatan ke atas bekas Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung aset berjumlah kira-kira RM800 juta yang didedahkan­nya di Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Katanya, pendedahan mengenai aset Tengku Adnan ketika perbicaraa­n rasuahnya semalam adalah perkara serius.

 ??  ?? Latheefa Koya
Latheefa Koya
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia