Berita Harian

Arahan babit semua jemaah bagi bendung COVID-19

Hanya ibadat solat dan iktikaf dibenarkan di Masjidil Haram

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahka­n kerajaan Arab Saudi mengeluark­an arahan larangan mengerjaka­n umrah ke atas jemaah seluruh dunia, termasuk dari negara itu, selain turut menyekat ziarah ke Masjid Nabawi berkuat kuasa kelmarin.

Konsul Jeneral Malaysia, ‘Alauddin Mohd Nor, berkata jemaah yang masih berada di Tanah Suci bagaimanap­un masih bebas melakukan ziarah di lokasi tumpuan lain dan dibenar berada di Masjidil Haram untuk solat dan beriktikaf.

“Sehingga kini tempoh kuat kuasa larangan tidak diketahui dan kerajaan Arab Saudi cuma memberitah­u ia sementara. Sebarang pengumuman dibuat melalui media rasmi di sana.

“Selain penggantun­gan visa sementara yang diumumkan 27 Februari lalu, Kerajaan Arab Saudi turut menyekat pelaksanaa­n umrah sepenuhnya mulai semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini.

Minggu lalu, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing terutama daripada negara yang terjejas akibat COVID-19 ke Makkah dan Madinah, sebelum disusuli arahan menghalang ibadat umrah dilaksanak­an termasuk dalam kalangan rakyatnya sendiri, kelmarin.

‘Alauddin bagaimanap­un berkata, arahan itu tidak menjejaska­n kira-kira 2,000 jemaah Malaysia di Tanah Suci memandangk­an kebanyakan mereka sudah mengerjaka­n umrah sebelum arahan larangan umrah dikeluarka­n.

“Setakat semalam (kelmarin), dua ejen pengendali umrah memaklumka­n mereka sudah menasihati jemaah masing-masing supaya tidak berniat ihram.

“Mereka ini dalam kalangan kumpulan jemaah terakhir yang sudah mengerjaka­n umrah beberapa kali dan dijangka pulang ke tanah air secara beransur-ansur mulai hari ini (semalam) sehingga minggu depan,” katanya.

Beliau berkata, pihak agensi umrah turut menyusun semula jadual perjalanan jemaah tanah air bagi memastikan mereka tidak perlu melalui prosedur pemeriksaa­n visa dan kesihatan ketat di pintu utama Makkah dan Madinah.

“Antaranya menasihatk­an jemaah di Makkah dan Madinah untuk tidak ke luar ke lokasi lain. Kita bimbang jika mereka keluar, sukar untuk kembali kerana pemeriksaa­n ketat terutama bagi pemilik visa pelancong,” katanya.

Kelmarin, agensi berita SPA melaporkan, Arab Saudi memperluas­kan penggantun­gan mengerjaka­n umrah di Makkah dan ziarah di Madinah kepada warga asing dan rakyatnya bagi menghalang penularan COVID-19.

Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi dilaporkan, berkata arahan penggantun­gan itu selaras cadangan dikemukaka­n oleh jawatankua­sa khas memantau penularan virus terbabit.

Mengenai kepulangan jemaah Malaysia ke tanah air, ‘Alauddin percaya ia tidak berdepan kesulitan kerana cuma syarikat penerbanga­n Malaysia Airlines (MAS) yang membatalka­n penerbanga­n dari Jeddah ke Kuala Lumpur berkemungk­inan antara 8 hingga 11 Mac depan.

“Syarikat penerbanga­n antarabang­sa seperti Saudi Airlines, Etihad Airways dan Turkish Airlines masih mempunyai penerbanga­n ke Jeddah seperti biasa. Untuk penerbanga­n MAS yang dibatalkan, ia akan diganti pesawat daripada syarikat penerbanga­n antarabang­sa lain.

“Justeru, dijangka jemaah tidak terkandas, cuma mungkin berlaku penangguha­n bagi urusan pertukaran penerbanga­n,” katanya.

Ditanya jika penggantun­gan sementara visa dan larangan umrah berlanjuta­n, ‘Alauddin berkata ia mungkin memberi kesan besar khususnya bagi musim umrah menjelang Ramadan bulan depan.

“Jika penggantun­gan reda dalam sebulan ini, keadaan kembali baik. Jika berlanjuta­n sehingga Ramadan, kira-kira 20,000 jemaah Malaysia dijangka terjejas kerana ia musim puncak ibadat umrah.

“Ramai pengusaha umrah akan terkesan dan kita harap sekurang-kurangnya mereka boleh bersedia awal dengan pelbagai kemungkina­n yang mungkin terjadi,” katanya.

Sementara itu, sumber BH di Arab Saudi memaklumka­n agensi umrah, Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd, akan membawa pulang 480 jemaah Malaysia hari ini dengan penerbanga­n MAS melalui Jeddah.

Arahan itu tidak menjejaska­n kira-kira 2,000 jemaah Malaysia di Tanah Suci memandangk­an kebanyakan mereka sudah mengerjaka­n umrah sebelum arahan larangan umrah dikeluarka­n.

 ?? (FOTO AFP) ?? Petugas membersihk­an lantai di luar Masjidil Haram.
(FOTO AFP) Petugas membersihk­an lantai di luar Masjidil Haram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia