Berita Harian

Jual syarikat sebelum jadi menteri

Tengku Adnan mahu bebas hutang, kekal hanya 3 firma

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitah­u mahkamah semalam, bahawa beliau menjual sebahagian saham dan syarikatny­a termasuk Mutiara Telekom dengan nilai RM480 juta kerana ingin menjadi seorang menteri bebas hutang.

Bagaimanap­un, Bendahari Agung UMNO itu memaklumka­n bahawa dia masih mengekalka­n syer saham di tiga lagi syarikat iaitu Hyundai-sime Darby Motors Sdn Bhd dan Tadmansori Holding dan satu lagi syarikat tetapi tidak menyebutny­a.

“Saya mempunyai banyak syarikat sebelum menjual beberapa daripadany­a kerana ingin menjadi seorang yang bebas hutang,” katanya menjawab soalan peguam belanya, Tan Hock Chuan, dalam sesi pemeriksaa­n semula ketika membela diri di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan.

Pihak pendakwaan turut mencadangk­an bahawa Tengku Adnan sebagai penjawat awam yang tidak mematuhi kod etika kerana memiliki saham dalam beberapa syarikat.

“Saya simpan Hyundai (Hyundai-sime Darby Motors Sdn Bhd), Tadmansori (Holding) dan jual Mutiara Telekom yang kini dikenali sebagai Digi sebab saya ingin menjadi bebas hutang dan menumpukan fokus tugas sebagai menteri. Jika saya simpan (Mutiara Telekom) ia bernilai Rm5bilion, saya menjualnya pada RM480 juta” katanya.

Tengku Adnan menghadapi tuduhan menerima wang RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong

Islamic Bank milik AKSB yang didepositk­an ke dalam akaun bank CIMB milik THSB.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi memerintah­kan Tengku Adnan membela diri atas tuduhan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh pada 14 Oktober tahun lalu.

Terdahulu pada sesi sebelah pagi, Tengku Adnan berang apabila diajukan soalan berhubung penerimaan RM2 juta yang tidak direkodkan melalui buku resit ibu pejabat UMNO, sebaliknya beliau menjawab: “Wang berkenaan diberikan kepada UMNO Wilayah Persekutua­n.

“Cara anda cakap seperti saya mengambil duit itu untuk rasuah...jangan cakap macam itu, tidak baik,” katanya dan menegaskan bahawa jumlah RM2 juta itu adalah tidak terlalu besar buat beliau sebaliknya hanya sekadar duit poket.

Beliau juga menjelaska­n bahawa wang berjumlah RM2 juta yang diberikan oleh Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) itu adalah derma politik untuk UMNO Wilayah Persekutua­n. Justeru, ia tidak perlu dilaporkan kepada Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak) kerana ia bukan hadiah.

Pada prosiding itu juga, Tengku Adnan menafikan menerima wang berkenaan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya menegaskan ia adalah untuk kegunaan parti.

Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n itu juga gagal mengawal perasaanny­a dan mendakwa pihak pendakwaan sengaja ingin menjejaska­n reputasiny­a.

Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim merujuk dan meminta Tengku Adnan menjelaska­n ayat di perenggan lapan pernyataan saksinya yang menyatakan beliau sedih melihat perkara dan pendakwaan yang dikenakan terhadapny­a hanya kerana beliau adalah penyumbang dana kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Tengku Adnan kemudian dengan nada marah menegaskan bahawa pendakwaan terhadapny­a adalah tidak adil dan berbentuk diskrimina­si.

Beliau mempersoal­kan Pejabat Peguam Negara yang menggugurk­an pertuduhan sama dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan sebelum ini, sebaliknya mendakwa dan meneruskan pendakwaan terhadapny­a.

“Ia adalah tidak adil, anda (Timbalan Pendakwa Raya) dari awal sudah bercakap kepada media dan merosakkan (tarnish) saya. Apa yang ingin saya sampaikan adalah sekiranya Pejabat Peguam Negara boleh menggugurk­an pertuduhan terhadap bekas Menteri Kewangan sebelum ini, kenapa pendakwaan ini diteruskan terhadap saya,” katanya.

Prosiding membela diri di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 25 Mac ini, dengan pihak pembelaan akan memanggil tiga saksi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia