Berita Harian

Kereta rempuh kedai serbaneka stesen minyak

-

Tanah Merah: Sebuah kedai serbaneka di stesen minyak Jalan Pasir Mas-tanah Merah, di sini, dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, wanita berusia 58 tahun dikatakan mahu mengambil wang di mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dalam kedai berkenaan, sebelum tertekan pedal minyak dan merempuh premis itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superinten­dan Zainuddin Md Yusuf, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 1 tengah hari, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, pemandu kereta Proton Saga berkenaan singgah di stesen minyak terbabit untuk mengambil wang.

“Namun, tanpa disedari wanita itu tertekan pedal minyak menyebabka­n keretanya hilang kawalan lalu merempuh cermin kaca dan terperosok ke dalam kedai terbabit.

“Tidak ada sebarang kecederaan, namun pemandu terbabit mengalami sakit pada dada dipercayai kerana hentakan pada stereng kereta,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainuddin berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkut­an Jalan 166/59.

“Difahamkan, ketika kejadian tiada pelanggan yang ramai, namun kedai ini rosak akibat rempuhan berkenaan, termasuk peti ais yang diisi pelbagai jenis minuman.

“Kereta itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan serta cerminnya pecah,” katanya.

Tanpa disedari wanita itu tertekan pedal minyak menyebabka­n keretanya hilang kawalan lalu merempuh cermin kaca dan terperosok ke dalam kedai terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia