Berita Harian

Sahut cabaran ceburi Proptech

Wanita buktikan kebolehan diri cemerlang dalam industri teknologi harta

- Oleh Latifah Arifin latifah@ bh.com.my

Kuala Lumpur: Pencapaian wanita hari ini cukup membanggak­an dan mereka berani menyahut cabaran mewarnai industri baharu serta tidak menjadikan kerencaman teknologi dan digital sebagai penghalang untuk melangkah lebih jauh.

Buktinya, golongan wanita kini turut berada dalam industri yang dimonopoli lelaki dan cemerlang dalam kerjaya diceburi, termasuk bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

Salah satu kebangkita­n wanita dapat dilihat adalah melalui pencapaian mereka dalam bidang hartanah yang semakin pesat, antaranya dengan kewujudan gelombang baharu industri teknologi harta atau Proptech.

Industri ini memberi tumpuan kepada penerapan teknologi maklumat dan ekonomi platform ke pasaran hartanah.

Dalam era digitalisa­si, Proptech membolehka­n banyak inovasi dan mendorong pasaran hartanah ke masa hadapan.

Wanita dilihat berperanan penting dalam memajukan industri Proptech.

Begitu juga di sebalik kejayaan portal hartanah utama dalam negara, iproperty.com.my, ia sebenarnya didukung oleh figura wanita hebat yang membantu perkembang­annya.

Salah seorangnya, Pengurus Kanan SEO di REA Group Asia, Marianne Tan yang memulakan perkhidmat­an di syarikat itu sejak 2017.

Marianne berkata, agak sukar pada mulanya mengambil keputusan beralih daripada bidang media dan hiburan yang diceburiny­a sekian lama kepada karier berkaitan hartanah.

“Saya perlu belajar daripada bawah memandangk­an kerjaya ini memerlukan pengetahua­n luas dalam bidang hartanah membabitka­n lima pasaran negara, iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Hong Kong.

“Mungkin ramai yang tidak sedar kerjaya ini semakin mendapat tempat dengan permintaan sangat menggalakk­an, jadi saranan saya lengkapkan ilmu dengan teknologi, termasuk search voice dan natural language,” katanya.

Bagi Pakar Komunikasi Tingkah Laku, Preamitha Prakas, yang genap dua tahun berkhidmat bersama REA Group berkata, kejayaan tidak datang bergolek, tetapi setiap wanita perlu berani membuktika­n kebolehan diri.

“Saya adalah graduan kewartawan­an, tetapi siapa sangka akhirnya saya memilih berada dalam bidang yang begitu asing dengan dunia penulisan.

“Nasihat saya kepada wanita, sentiasa bekerja keras mencapai impian kerjaya masing-masing.

Walaupun berdepan cabaran besar dengan keadaan fizikal gempal, ia tidak pernah dianggap halangan untuk berjaya,” katanya.

Begitu juga bagi wanita muda yang berkhidmat sebagai Pakar Operasi Teknikal di REA Group, Chandima Wijendra, 28, yang pada mulanya tidak yakin akan hala tuju kariernya, tetapi mempunyai minat dalam bidang berkaitan STEM.

“Saya melanjutka­n pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan pernah putus asa kerana menghadapi banyak kesukaran pada semester pertama sehingga pernah terfikir untuk mengambil kursus lain.

“Bagaimanap­un, selepas mendapat sokongan pensyarah dan rakan sepengajia­n, saya sedar bidang dipelajari ini boleh dihubungka­n dengan minat saya yang tinggi dalam menyelesai­kan masalah dan melakukan perubahan.

“Selepas itu, saya tidak berpaling ke belakang lagi dan ingin terus maju dan membuktika­n kebolehan diri,” katanya.

Kejayaan dan perit jerih figura hebat ini seharusnya menjadi aspirasi dan model terbaik untuk golongan wanita untuk sentiasa memperbaik­i diri, melakukan perubahan baik dan berkeyakin­an tinggi dalam apa sahaja bidang diceburi.

Tidak ada apa yang mustahil dicapai, selagi wanita itu percaya terhadap kebolehan diri dan sentiasa berusaha untuk maju ke depan.

Saranan saya lengkapkan ilmu dengan teknologi, termasuk search voice dan natural language.

Marianne Tan, Pengurus Kanan SEO di REA Group Asia

Kejayaan tidak datang bergolek, tetapi setiap wanita perlu berani buktikan kebolehan diri.

Preamitha Prakas, Pakar Komunikasi Tingkah Laku di REA Group

Saya sedar bidang dipelajari ini selari minat saya yang tinggi dalam selesai masalah dan melakukan perubahan.

Chandima Wijendra, Pakar Operasi Teknikal di REA Group

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia