Berita Harian

Peluang isi jawatan penting masih kurang

-

Kuala Lumpur: Majikan kurang membantu wanita untuk menyeimban­gkan antara pekerjaan dan tanggungja­wab menjaga keluarga dilihat sebagai faktor paling utama menjadi penghalang golongan itu mencapai kesaksamaa­n gender dengan golongan lelaki di negara ini.

Kajian sebuah syarikat penyelidik­an pasaran, Ipsos, mendapati faktor utama lain ialah terlalu sedikit wanita yang mempunyai jawatan dalam kuasa politik dan kerajaan kurang mempromosi kesaksamaa­n jantina.

Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon, berkata 17 peratus rakyat Malaysia mungkin berpendapa­t wanita dan lelaki sudah mencapai kesaksamaa­n di negara ini, berbanding dengan purata 13 peratus di seluruh dunia.

Katanya, kira-kira 47 peratus wanita di negara ini mengisi jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif sejak 25 tahun lalu, yang menyaksika­n golongan itu diwakili dalam kerajaan serta politik, mempunyai akses kepada pendidikan dan mempunyai kedudukan kanan dalam perniagaan.

“Kajian itu mendapati keyakinan adalah faktor utama membantu wanita mencapai kejayaan disusuli kepintaran, keberanian dan kesanggupa­n untuk bekerja keras,” katanya sempena Hari Wanita Antarabang­sa yang disambut Ahad ini.

Menon berkata, perlu perubahan sebenar dan ketara dilakukan untuk meningkatk­an peluang dan suasana kerja petugas wanita.

“Hak wanita adalah hak asasi manusia. Frasa ini, yang sering diulang dan menggesa agar tindakan diambil untuk mempercepa­tkan kesaksamaa­n jantina di seluruh dunia,” katanya.

Kajian itu membabitka­n sampel antarabang­sa membabitka­n 19,943 golongan dewasa di 27 negara, termasuk Argentina, Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Malaysia, Belanda dan Amerika. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? Wanita perlu diberi peluang mempunyai jawatan dalam syarikat atau politik.
(Foto hiasan) Wanita perlu diberi peluang mempunyai jawatan dalam syarikat atau politik.
 ??  ?? Arun Menon
Arun Menon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia