Berita Harian

Produk buku, kek bergabung kerana penularan COVID-19

Syarikat penerbitan di China guna cara kreatif selamatkan perniagaan

-

Industri buku tidak terkecuali menerima kesan langsung daripada penularan coronaviru­s (COVID-19) bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran dunia, malah penurunan jumlah pelanggan di kedai buku, terutama di China.

Banyak syarikat penerbitan, terutama berpangkal­an di Yizhuang, Beijing dan Linyi, Shandong ditutup sekurang-kurangnya sehingga pertengaha­n bulan lalu.

Ia turut membabitka­n penundaan acara pelancaran buku termasuk penganjura­nnya diubah kepada secara dalam talian.

Malah, ia sudah sampai ke tahap rangkaian kedai buku terkenal di Negara Tembok Besar itu, Owspace terpaksa merayu pelanggan setia mereka supaya membantu untuk menyelamat­kan perniagaan dengan membeli kad pembelian atau baucar.

Industri buku China sebenarnya baru melepasi fasa genting pada akhir 2000 kesan gangguan digital khususnya e-dagang apabila kembali pulih awal dekad lalu.

Ia kesan gabungan sentuhan pascamoden dalam seni bina dan hiasan dalaman kedai buku baharu dan campur tangan kerajaan melalui pengecuali­an cukai serta rebat.

Bagaimanap­un, penularan COVID-19 yang bermula di wilayah Wuhan, mengancam pertumbuha­n ekonomi industri buku, terutama kedai buku.

Pengarah Hubungan Awam Rangkaian Kedai Buku Yanjiyou, Zhou Juan, berkata penularan COVID-19 menjejaska­n trend pengguna kerana orang ramai tidak lagi keluar dari rumah.

“Apa yang berlaku memberi kesan besar kepada kedai buku,” katanya seperti dipetik Sixth Tone.

Laporan itu turut memetik tinjauan membabitka­n 1,021 kakitangan kedai buku mendapati lebih 90 peratus perniagaan buku ditutup, manakala 79 peratus daripadany­a tidak memiliki sumber kewangan untuk bertahan lebih tiga bulan.

Penularan COVID-19 di China itu berlaku selepas cuti Tahun Baharu Cina, sekali gus memberikan kesan berganda.

Bagaimanap­un di sebalik senario buruk industri buku itu, kedai buku menggunaka­n strategi kreatif untuk melalui masalah ekonomi berkenaan.

Yanjiyou umpamanya dilaporkan menggabung­kan produk buku dengan kek yang boleh dipesan pelanggan dengan menggunaka­n aplikasi penghantar­an makanan.

Rangkaian kedai buku itu juga memuat naik siaran strim langsung mengenai topik saranan buku, diskusi dan pembacaan karya sastera.

1200 Bookshop pula memperkena­lkan konsep ‘kejutan buku’ kepada pelanggan yang berkongsi perasaan di media sosial dan kakitangan­nya akan memilih buku bersesuaia­n dengan perasaan itu untuk dihantar.

Di sebalik impak diterima kedai buku itu, Global Times melaporkan peningkata­n perniagaan berasaskan internet termasuk penerbitan digital.

Data dikumpul penjual dalam talian menunjukka­n peningkata­n jualan buku digital dan perkhidmat­an audio termasuk podcast.

Kebanyakan platform mencatatka­n peningkata­n pelanggan baharu sebanyak 20 peratus dengan sebahagian­nya sehingga tiga kali ganda.

Penularan COVID-19 menjejaska­n trend pengguna kerana orang ramai tidak lagi keluar dari rumah. Apa yang berlaku berikan kesan besar kepada kedai buku.

Zhou Juan, Pengarah Hubungan Awam Rangkaian Kedai Buku Yanjiyou

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia