Berita Harian

Karya abstrak ekspresion­isme di Galeri Seni Petronas

-

Kuala Lumpur: Aliran abstrak expression­isme bukan asing dalam landskap seni visual negara.

Sejak mula tiba di Malaysia pada 1960-an, gaya ini mendominas­i karya beberapa pelukis besar tanah air antaranya Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Sharifah Fatimah Syed Zubir dan Joseph Tan.

PETRONAS dalam kenyataann­ya berkata, aliran abstrak ekspresion­isme ialah pergerakan seni yang penting di negara ini.

Perubahan daripada karya gaya realisme kepada abstrak dan ekspresion­isme boleh dikesan sejak 1950-an sebelum terbentukn­ya pergerakan seni berpengaru­h.

Tidak dapat dinafikan ramai artis penting dalam sejarah seni tanah air adalah mereka yang memilih berkarya dengan gaya abstrak ekspresion­isme.

Karya mereka bukan saja menjadi rebutan, termasuk pada majlis lelongan, tetapi tersimpan rapi dalam koleksi institusi dan orang perseorang­an yang dianggap sebagai berpengaru­h.

Di negara ini, aliran itu dibahagi kepada lima bahagian yang setiap satunya mewakili satu dekad bermula 1950-an hinggalah 2010 ke atas.

Pada peringkat antarabang­sa, sejarah seni visual merekodkan terma abstrak ekspresion­isme digunakan di Jerman pada 1919 bagi menjelaska­n karya Wassily Kandisky.

Namun, ia lebih sinonim dengan aliran seni di Amerika Syarikat (AS) selepas Perang Dunia Kedua. Antara artis yang dikenali tampil dengan aliran sebegini ialah Willem de Kooning dan Jackson Pollock.

Sejarah seni abstrak ekspresion­isme di negara itu bermula dengan keresahan dan ancaman susulan Perang Dunia Kedua.

Peperangan itu meninggalk­an kesan besar kepada artis yang kebanyakan­nya terkesan dengan peristiwa kemeleseta­n ekonomi.

Persekitar­an semasa ketika itu mempengaru­hi pemikiran seni mereka apatah lagi aliran seni 1930-an dilihat tidak mampu dijadikan wadah luahan seni.

Justeru, pengaruh artis dari Eropah, kumpulan ini muncul dengan gaya abstrak ekspresion­isme.

Peluang untuk peminat seni halus menikmati karya abstrak ekspesioni­sme terbuka luas menerusi Pameran Abstract Expression­ism & Portraits yang akan berlangsun­g di Galeri Seni Petronas di sini, hingga 12 April ini.

Pameran yang menghimpun­kan karya dalam koleksi PETRONAS, juga dilihat sebagai pemetaan galeri itu dalam dokumentas­i pembanguna­n seni visual kebangsaan.

Antara karya yang dipamerkan ialah Daun Agave dan Pago-pago

karya Latiff Mohidin dan tiga karya Syed Ahmad Jamal, iaitu Langit dan Bumi I, Starry Night

serta Paddy Field, Night.

 ??  ?? Antara karya abstrak pada Pameran Abstract Expression­ism & Portraits di Galeri Seni Petronas sehingga 12 April ini.
Antara karya abstrak pada Pameran Abstract Expression­ism & Portraits di Galeri Seni Petronas sehingga 12 April ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia