Berita Harian

OPR rendah rangsang keuntungan syarikat

Penurunan boleh beri pulangan memuaskan pengurus dana institusi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Alzahrin Alias bhbiz@bh.com.my

Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) membolehka­n kos pinjaman oleh badan korporat dan institusi perbankan akan menjadi lebih murah, sekali gus menjana keuntungan lebih tinggi.

Jika ini berlaku, pendapatan dan keuntungan perniagaan akan kembali pulih dan syarikat mampu memberi pulangan dividen yang tinggi, lantas memberi pulangan yang memuaskan untuk pengurus dana institusi seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dana amanah lain.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) , Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata penurunan kadar OPR secara teorinya bermakna kos pinjaman oleh badan korporat dan institusi perbankan akan menjadi lebih murah.

“Apabila kos pinjaman lebih murah, keuntungan akan lebih tinggi. Justeru, keuntungan yang lebih besar bermakna jumlah dividen akan lebih tinggi.

“Namun, perlu diingat bahawa jumlah sebenar dividen akhirnya akan ditentukan pengurusan institusi pengurus dana yang terbabit,” katanya kepada BH.

Mohd Yusof berkata, persekitar­an kadar faedah rendah secara umumnya adalah untuk menggalakk­an perbelanja­an isi rumah.

“Penurunan kadar faedah sebenarnya untuk menggalakk­an isi rumah berbelanja. kerana dalam keadaan kadar faedah rendah, lebih baik mereka memegang ‘wang tunai’ di tangan daripada menyimpan.

“Jika isi rumah mempunyai wang tunai yang banyak, mereka boleh membeli aset dalam bentuk fizikal seperti rumah, tanah dan lain-lain,” katanya.

Bagi menyeimban­gkan tabungan dan perbelanja­an, beliau berkata, ia bergantung kepada tingkat sosio-ekonomi sesebuah isi rumah.

“Bagi golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana, penurunan kadar OPR memberi sedikit kelegaan kerana mereka membayar kos pinjaman lebih murah.

“Bagi mereka yang berpendapa­tan tinggi pula, penurunan kadar faedah membolehka­n mereka beralih daripada menyimpan di institusi kewangan kepada pelaburan atau pembelian aset berbentuk fizikal,” katanya.

Penganalis­is Kanan Perbankan MIDF Research, Imran Yassin Yusof, pula menjelaska­n, impak penurunan OPR perlu dibezakan antara kadar deposit tetap dan kadar pulangan pengurus dana pelaburan.

Beliau berkata, pelaburan yang dilakukan melalui unit amanah dan tabung simpanan akan digunakan untuk melabur aset seperti sukuk, bon, pasaran wang, pasaran saham dan sebagainya.

“Oleh itu, kadar pulangan mereka akan ditentukan oleh prestasi aset pelaburan berkenaan. Kesan penurunan kadar OPR adalah lebih kepada kadar simpanan dan kadar pinjaman di institusi kewangan.

“Kami berpendapa­t bahawa penurunan kadar OPR barubaru ini adalah sebagai langkah pencegahan impak negatif daripada wabak COVID-19. Ia juga boleh dikatakan sebagai langkah untuk memberi sokongan kepada ekonomi negara. Buat masa terdekat ini adalah penting untuk memberi sokongan kepada ekonomi negara seperti menjana permintaan domestik.

“Namun, pengguna juga boleh mempelbaga­ikan simpanan mereka dengan melabur di dalam aset pelaburan lain,” katanya.

Imran berkata, kadar faedah yang rendah di negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun boleh dikatakan memberi impak positif kepada pasaran saham negara terbabit.

Sementara itu, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata penurunan OPR merujuk kepada kadar faedah rendah untuk simpanan dan pinjaman, yang mana secara teorinya, ia akan menggalakk­an rakyat dan peniaga untuk mendapatka­n pinjaman.

“Jika ini berlaku, pendapatan dan keuntungan perniagaan akan kembali pulih dan syarikat mampu memberi pulangan dividen yang tinggi, sekali gus memberi pulangan yang memuaskan untuk PNB, TH, KWSP dan dana amanah lain,” katanya.

Kami berpendapa­t penurunan kadar OPR adalah langkah pencegahan impak negatif daripada wabak COVID-19.

Imran Yassin Yusof, Penganalis­is Kanan Perbankan MIDF Research

Secara teori, penurunan OPR akan menggalakk­an rakyat dan peniaga untuk mendapatka­n pinjaman.

Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan PBS

Apabila kos pinjaman lebih murah, keuntungan akan lebih tinggi. Justeru, keuntungan yang lebih besar bermakna jumlah dividen akan lebih tinggi.

Mohd Yusof Saari, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia