Berita Harian

Robert Kuok kekal terkaya di Malaysia

Nilai kekayaan hartawan RM48B, menguncup lebih RM4.2B

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Robert Kuok masih mengekalka­n kedudukan sebagai individu paling kaya di Malaysia, namun pertumbuha­n perlahan ekonomi Malaysia, yang kini terkesan oleh penularan COVID-19, turut menjejaska­n nilai kekayaan hartawan negara ini.

Forbes Asia dalam laporan terkininya berkata, ringgit yang lebih lemah dan penurunan hampir 10 peratus indeks penanda aras tempatan menyebabka­n nilai terkumpul kekayaan 50 individu paling kaya di negara ini lebih rendah buat tahun kedua berturut-turut.

Kekayaan terkumpul 50 individu terbabit kini berjumlah AS$79 bilion (RM330 bilion), susut tujuh peratus berbanding setahun lalu.

“Peletakan jawatan mengejut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhir bulan lalu terus merosot selepas kami mengira nilai bersih ini,” katanya.

Kuok, dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM48 bilion), kekal di tempat pertama, kedudukan yang dipegangny­a selama lebih dua dekad.

Beliau adalah antara empat individu yang kekayaanny­a menguncup lebih daripada AS$1 bilion sejak setahun lalu.

Hartawan paling terkesan adalah Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank yang jatuh ke tempat kelima daripada ketiga tahun lalu.

Pengasas Airasia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun menyaksika­n lebih satu pertiga kekayaan masing-masing menguncup.

Selain COVID-19 menjejaska­n perjalanan udara, isu Airasia yang membabitka­n mahkamah United Kingdom (UK) awal bulan lalu turut memberikan satu lagi tamparan kepada nilai kekayaan kedua-dua hartawan itu.

Airasia menafikan semua tuduhan salah laku itu dan sedang menyiasat perkara itu.

Secara keseluruha­n, 22 daripada 50 individu paling kaya dalam senarai Forbes menyaksika­n nilai bersih masing-masing merosot berbanding setahun lalu.

Namun, jumlah sama mencatatka­n peningkata­n.

Antaranya adalah hartawan kasino, Tan Sri Chen Lip Keong, yang berada dalam senarai lima teratas buat kali pertama, apabila menduduki tempat keempat dengan nilai kekayaan AS$5.3 bilion (RM22 bilion).

Seorang lagi adalah Kuan Kam Hong, yang mempunyai kawalan ke atas Hartalega Holdings, pengeluar sarung tangan getah nitril terbesar dunia.

Lima pendatang baharu menyertai senarai 50 individu paling kaya di Malaysia tahun ini, dengan yang paling kaya adalah pasangan pewaris.

Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng berkongsi AS$4.8 bilion (RM20 bilion) yang ditinggalk­an bapa mereka, Tan Sri Lee Shin Cheng, arkitek empayar sawit dan hartanah IOI Corporatio­n Bhd yang meninggal dunia Jun lalu.

Muka baharu tahun ini termasuk dua usahawan teknologi, iaitu Chu Jenn Weng, pengasas pengeluar produk elektronik Vitrox dan bekas jurutera Hewlett-packard, Oh Kuang Eng, yang syarikatny­a, Mi Technovati­on mengeluark­an peralatan semikonduk­tor.

Lima yang tersenarai tahun lalu pula terkeluar pada tahun ini, dengan nama yang paling terkenal adalah pengasas bersama Grab, Anthony Tan.

 ??  ?? 1. Robert Kuok
2. Tan Sri Quek Leng Chan
3. Tan Sri T Ananda Krishnan
4. Tan Sri Chen Lip Keong
5. Tan Sri Teh Hong Piow
6. Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng
7. Tan Sri Lim Kok Thay
8. Koon Poh Keong, Koon Poh Ming dan Koon Poh Weng
9. Kuan Kam Hong 10.Tan Sri Lau Cho Kun
1. Robert Kuok 2. Tan Sri Quek Leng Chan 3. Tan Sri T Ananda Krishnan 4. Tan Sri Chen Lip Keong 5. Tan Sri Teh Hong Piow 6. Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng 7. Tan Sri Lim Kok Thay 8. Koon Poh Keong, Koon Poh Ming dan Koon Poh Weng 9. Kuan Kam Hong 10.Tan Sri Lau Cho Kun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia