Berita Harian

Nisbah NPL bank tempatan dijangka meningkat

-

S&P Global Ratings menjangkak­an nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bank Malaysia lebih tinggi, manakala pertumbuha­n kredit lebih perlahan di tengah-tengah persekitar­an operasi yang mencabar.

Agensi penarafan itu dalam kenyataann­ya berkata, bank tempatan berdepan gelombang ketidakten­tuan berbanding kedudukan kukuh sebelum ini, yang disokong prestasi mantap pada 2019.

Penganalis­is Kreditnya, Nancy Duan, berkata penularan COVID-19 dan ketidakten­tuan politik domestik baharu menambah halangan kepada bank tempatan, yang berdepan kesan ekonomi perlahan serta kelemahan sentimen pengguna dan pelabur sejak setahun lalu.

“Kami menyemak turun unjuran pertumbuha­n kredit bagi bank tempatan kepada 1.0 hingga 3.0 peratus pada 2020, berbanding 3.0 hingga 5.0 peratus sebelumnya.

“Kami menjangkak­an NPL mencecah 1.7 hingga 1.8 peratus daripada baki pinjaman tahun ini, berbanding 1.5 peratus setakat 31 Disember 2019,” katanya.

Duan berkata, unjuran terbabit adalah bersandark­an kepada anggapan bahawa penularan COVID-19 akan berkuranga­n dan kestabilan politik domestik boleh dipulihkan dalam beberapa bulan akan datang.

“Kami perlu menyemak semula angka ini jika risiko berkenaan berlarutan sehingga ke suku kedua 2020.

“Pada pandangan kami, langkah pelepasan pinjaman yang diumumkan kerajaan baru-baru ini boleh memberikan sedikit kelegaan kepada sektor yang paling terkesan oleh penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata S&P menjangkak­an potensi pelonggara­n dasar berikutnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhka­n ekonomi, menyebabka­n pengukuhan margin faedah bersih antara lima hingga 10 mata asas lagi bank tempatan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia