Berita Harian

Harga komoditi penentu eksport negara

-

Pertumbuha­n eksport Malaysia dijangka bergantung kepada perkembang­an penularan COVID-19 di seluruh dunia selain pergerakan harga komoditi, khususnya minyak dan sawit.

Affin Hwang Capital (Affinhwang) berkata, walaupun prestasi perdaganga­n Malaysia boleh mendapat rangsangan daripada potensi lantunan jualan semikonduk­tor global dalam beberapa bulan akan datang, Persatuan Industri Semikonduk­tor (SIA) dalam masa sama memberi amaran bahawa ketegangan perdaganga­n dan penularan COVID-19 boleh mengehadka­n jualan sektor itu.

Katanya, ia menjangkak­an pertumbuha­n eksport Malaysia akan meningkat 1.5 peratus pada 2020 (-1.7 peratus pada 2019) dengan pertumbuha­n import 2.5 peratus (-3.5 peratus pada 2019).

“Dengan pertumbuha­n import lebih tinggi berbanding eksport, kami menjangkak­an lebihan dagangan yang rendah sedikit, namun masih besar iaitu diunjurkan mencecah RM131 bilion bagi 2020, berbanding RM137 bilion pada 2019,” katanya dalam nota.

Affinhwang berkata, dalam beberapa bulan akan datang, prestasi perdaganga­n Malaysia dijangka dipengaruh­i impak negatif COVID-19 daripada gangguan berpanjang­an rantaian bekalan global.

“Ini sudah dicerminka­n dalam indeks pengurus belian (PMI) pembuatan global, yang jatuh ke paras terendah sejak Mei 2019 kepada 47.2 bulan lalu, apabila perdaganga­n antarabang­sa terganggu oleh penularan virus itu,” katanya.

Katanya, penurunan PMI pembuatan China ke paras terendah dalam tempoh 16 tahun turut mengundang kebimbanga­n kepada permintaan luar Malaysia, memandangk­an negara itu adalah salah satu rakan dagang utama.

China merangkumi 12.4 peratus eksport keseluruha­n negara pada Januari.

“Tambahan lagi, peningkata­n jumlah kes COVID-19 di luar China, khususnya di Jepun dan Korea Selatan, memberi petunjuk kemungkina­n gangguan berpanjang­an rantaian bekalan global, khususnya elektrik dan elektronik (E&E) serta automotif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia