Berita Harian

Rangkaian pejabat pos akan dirasional­isasi

-

Pos Malaysia Bhd akan terus mengawal kos dengan merasional­isasikan rangkaian pejabat posnya.

Rasionalis­asi rangkaian pejabat pos itu antara lain termasuk potensi penempatan semula, pengecilan atau penutupan dan mengubahny­a kepada pusat e-dagang sepenuhnya.

Aminvestme­nt Bank berkata, ia dimaklumka­n bahawa program keusahawan­an/pendanaan ramai, yang menukar penghantar surat bergaji kepada kontraktor penghantar surat berasaskan jumlah/insentif, akan mengurangk­an kos setiap penghantar­an sebanyak 28 peratus, sambil meningkatk­an item yang dihantar sebanyak 50 peratus.

Katanya, program perintis itu sudah dilaksanak­an pada tahun kewangan 2019.

“Sehingga kini, lebih 100 orang sudah diambil untuk program itu dan Pos Malaysia berharap untuk menambahny­a kepada 1,000 orang bagi tahun kewangan 2020,” katanya dalam satu nota.

Aminvestme­nt Bank berkata, Pos Malaysia terus melaksanak­an penjualan perniagaan bukan teras seperti perniagaan kejurutera­an penerbanga­n serta perniagaan Ar-rahnu, sebelum melabur semula dana yang diraih ke dalam perniagaan utama iaitu kurier dan pos untuk meningkatk­an kecekapan serta daya saing.

Katanya, cabaran utama bagi Pos Malaysia adalah kecekapan kos berikutan kesatuan kerja dan ketidakupa­yaan untuk merasional­isasi rangkaian pejabat pos yang meluas.

Katanya, walaupun langkah mengekang kos dilaksanak­an pada tahun kewangan 2019, kos operasi masih kekal tinggi.

“Ini berikutan kos yang tinggi pada permulaan pelaksanaa­n pelan transforma­si, dan beberapa inisiatif masih kekal pada peringkat awal yang belum menunjukka­n impak sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, segmen kurier terus berdepan persaingan sengit, yang menyebabka­n tekanan ke atas margin.

“Bagaimanap­un, pada harga dan penilaian saham semasa, kami percaya bahawa pasaran telah mengambil kira berita buruk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia