Berita Harian

COVID-19 jejas harapan pulih ekonomi global

IMF jangka pertumbuha­n bawah paras 2.9 peratus

-

Washington: Penularan global COVID-19 menjejaska­n harapan pertumbuha­n ekonomi kukuh tahun ini dan mengekalka­n output global ke paras paling perlahan sejak krisis kewangan 2008-2009, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), Kristalina Georgieva.

IMF menjangkak­an pertumbuha­n ekonomi global 2020 berada di bawah paras 2.9 peratus pada 2019. Semakan semula unjuran akan dikeluarka­n dalam beberapa minggu akan datang.

Perang dagang mendorong pertumbuha­n global tahun lalu ke paras terendah sejak penguncupa­n 0.7 peratus pada 2009.

Perubahan unjuran akan mewakili penurunan lebih 0.4 mata peratusan daripada pertumbuha­n 3.3 peratus yang diunjurkan IMF bagi 2020 pada Januari apabila ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china berkuranga­n.

“Pertumbuha­n global pada 2020 akan merosot di bawah paras tahun lalu, tetapi sejauh mana ia akan jatuh dan berapa lama kesannya masih sukar untuk diunjurkan,” kata Georgieva.

Beliau enggan mengulas sama ada krisis kesihatan yang kian serius itu boleh mengheret dunia ke dalam kemeleseta­n.

“IMF menyediaka­n pembiayaan kecemasan AS$50 bilion untuk membantu negara miskin dan berpendapa­tan sederhana dengan mempunyai sistem kesihatan lemah untuk bertindak balas terhadap COVID-19,” katanya.

Kira-kira AS$10 bilion itu boleh diakses oleh negara termiskin pada kadar faedah sifar sehingga 10 tahun, sementara banyak negara berpendapa­tan sederhana ada akses kepada dana AS$40 bilion dengan kadar faedah rendah sehingga lima tahun.

Ecuador menggunaka­n program yang terakhir pada 2016 untuk mendapatka­n pinjaman sebanyak AS$364 juta selepas gempa bumi yang dahsyat.

Bagaimanap­un, negara pasaran baru muncul yang besar seperti Brazil, China dan India tidak layak mendapat bantuan seperti juga negara diisytihar IMF hutang menjadi tidak lestari, termasuk Argentina.

Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass menekankan pentingnya tindakan yang diselarask­an untuk mengehadka­n kesan ekonomi dan manusia terhadap virus itu.

Bank Dunia pada Selasa berkata, ia menyediaka­n AS$12 bilion dana segera membantu negara sedang membangun memperbaik­i perkhidmat­an kesihatan, pengawasan penyakit dan akses kepada bekalan perubatan. REUTERS

Pertumbuha­n global pada 2020 akan merosot di bawah paras tahun lalu, tetapi sejauh mana ia akan jatuh dan berapa lama kesannya masih sukar untuk diunjurkan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia