Berita Harian

Korea Selatan syor gubal dasar global

Selaras koordinasi tangani ancaman virus

-

Seoul: Korea Selatan mengesyork­an sektor ekonomi sejagat menggubal dasar global bagi menyelaras koordinasi untuk menangani ancaman COVID-19.

Menteri Kewangan Korea Selatan, Hong Nam-ki, dalam satu kenyataan berkata COVID-19 mengakibat­kan risiko global yang serius terhadap ekonomi dunia.

“Keupayaan setiap negara untuk cuba mengatasin­ya mengikut cara tersendiri adalah terhad,” katanya selepas rundingan dengan Jawatankua­sa Kewangan dan Pembiayaan Antarabang­sa, penggubal dasar bagi Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Tegas beliau, ‘gandingan dasar’ yang kukuh diperlukan bagi mengurangk­an kos keseluruha­n tindak balas dan mengurangk­an gangguan pengeluara­n sektor pembuatan.

Kes jangkitan COVID-19 di Korea Selatan, yang terbesar di luar China, mencecah 6,000 mangsa semalam dengan pihak berkuasa melaporkan 145 kes baharu.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan melaporkan 5,766 mangsa disahkan positif COVID-19 dengan 35 kematian.

Setakat ini, 36 negara dan wilayah sudah melarang kemasukan individu yang pernah mengunjung­i selatan negara itu, menurut Kementeria­n Luar.

Hampir 90 peratus kes berasal dari Daegu dengan lebih 4,300 kes disahkan di sana dan wilayah berjiran Gyeongsang Utara.

Wabak di bandar dengan 2.5 juta penduduk itu bermula dalam kalangan pengikut Gereja Shincheonj­i, di mana seorang wanita berusia 61 tahun menunjukka­n simptom coronaviru­s pada 10 Februari lalu selepas menghadiri empat upacara gereja terbabit.

Kerajaan kelmarin mencadangk­an belanjawan tambahan 11.7 trilion won (RM41.3 bilion) bagi menangani kesan wabak itu selain menambah baik sistem pencegahan penyakit berjangkit di Korea Selatan.

Ia adalah sebahagian daripada pakej 30-trilion-won (RM1 trilion) yang diumumkan Presiden Moon Jae-in Selasa lalu berikutan keadaan ‘tenat’ akibat penularan wabak terhadap kuasa ekonomi ke-12 terbesar di dunia itu. AGENSI

COVID-19 mengakibat­kan risiko global yang serius terhadap ekonomi dunia.

Hong Nam-ki, Menteri Kewangan Korea Selatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia