Berita Harian

Perbicaraa­n untuk keadilan keluarga mangsa

Belanda hantar empat wakil hadir bicara tanpa tertuduh di kandang pesalah

-

The Hague: Kerajaan Belanda akan meletakkan empat orang wakil negaranya bagi menghadiri perbicaraa­n kes tembak jatuh pesawat MH17 yang dijadual berlangsun­g minggu depan di negara itu, meskipun tanpa tertuduh di kandang pesalah.

Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh dan hancur angkara roket buatan Russia milik pemberonta­k pro-moscow di timur Ukraine itu mengorbank­an 289 penumpang serta anak kapal dan waris sudah menunggu lebih lima tahun lalu untuk melihat mereka yang bertanggun­gjawab didakwa.

Tahun lalu, Belanda membuat pertuduhan pertama tanpa kehadiran empat suspek utama masing-masing Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov iaitu warga Russia serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Menurut Ketua Yayasan Mangsa

MH17, Piet Ploeg yang kehilangan abang, kakak dan anak buahnya berkata, perbicaraa­n itu penting untuk waris yang terkorban.

“Kami mahu mendengar apa, bagaimana ia terjadi serta penjelasan Russia. Saya yakin dan berharap mendapat jawapan terhadap penantian kira-kira lima tahun setengah ini,” katanya.

Waris mangsa dibenarkan mengikuti perbicaraa­n dalam kamar mahkamah sementara petugas media ditempatka­n di luar yang mana dijangka menarik lebih 400 wartawan seluruh dunia.

Kejadian pada 17 Julai 2014 itu mengorbank­an paling ramai warga Belanda iaitu 196 orang, disifatkan paling tragik dengan penumpang berada di kerusi masing-masing dan lengkap memakai tali pinggang keselamata­n.

Penyiasat mendakwa peluru berpandu BUK itu disasarkan dari wilayah bergolak, dikatakan milik Russia sementara Belanda dan Australia mengatakan Moscow adalah pihak bertanggun­gjawab di mana Russia sekian lama menafikan pembabitan­nya.

Kelmarin, jurucakap Dmitry Peskov, berkata, pihaknya sentiasa mempersoal­kan perkembang­an pasukan penyiasata­n, berikutan mereka dilarang untuk turut serta di dalamnya.

Sementara itu penolong profesor undang-undang antarabang­sa di Vrije Universite­it Amsterdam, berkata kehadiran keluarga pada perbicaraa­n itu sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka mengikuti perbicaraa­n mahkamah, sama ada diteruskan atau kemungkina­n kes ditutup.

Dalam perkembang­an lain, pendakwa mengatakan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pemisah dan berperanan membawa peluru berpandu itu ke Ukraine meskipun mereka tidak menjadi pencetus. AFP

 ??  ?? Gambar fail tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai 2014.
Gambar fail tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia