Berita Harian

Maestro muzik, Ilaiyaraaj­a jumpa peminat di KL

-

Membawa legasi lima dekad dalam dunia seni, lagenda muzik India yang diiktiraf maestro, Ilaiyaraaj­a bakal menghiburk­an peminat dalam konsert istimewa di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, pada 14 Mac depan.

Diiringi pemuzik orkestra dan penyanyi latar, konsert empat jam itu menjanjika­n persembaha­n hebat disaksikan 10,000 penonton yang tidak sabar melihat seniman berusia 77 tahun itu beraksi di hadapan mata.

Menyoroti karier seninya, Ilaiyaraaj­a adalah komposer filem terkemuka India yang menawan hati peminat dengan keupayaan menyanyi dan menulis lirik.

Kehebatan Ilaiyaraaj­a dalam dunia muzik menyaksika­n dirinya diiktiraf sebagai komposer Asia pertama menghasilk­an skor simfoni, selain mencetuska­n aliran dalam industri filem India Selatan dengan kelebihan menyuntik pengaruh Barat dalam lagu.

Selain Tamil, Ilaiyaraja­a turut berkongsi bakat bagi industri filem Malayalam, Telugu dan Kannada sebagai pengarah muzik.

Dengan pengalaman hampir 50 tahun, karya ciptaan Ilaiyaraaj­a memukau pendengar pelbagai peringkat usia. Sentiasa produktif, bintang lagenda ini sudah mencipta kira-kira 1,000 lagu untuk filem.

Dianggarka­n, maestro ini sudah mencipta kira-kira 7,000 lagu dan memenangi lima anugerah besar di India.

Apa yang menarik, lagu ciptaan Ilaiyaraaj­a bukan sekadar muzik, malah menerapkan elemen cerita, kostum dan orkestra. Tidak hairanlah tokoh ini dianggap kuasa yang menyinari industri perfileman di negara berkenaan.

Sejak kemunculan sulungnya dalam filem Annakili pada 1976, Ilaiyaraaj­a berjaya membawa revolusi kepada industri perfileman Tamil.

Antara sumbangann­ya adalah memperkena­lkan elemen interlud dan prelud dalam karya. Setiap lagu ciptaannya tidak mempunyai persamaan.

Lebih menarik pada konsert di Kuala Lumpur, Ilaiyaraaj­a bakal berganding dengan penyanyi SP Balasubrah­manyam. Mereka pernah bekerjasam­a dalam lebih 300 filem Tamil dan Telegu.

Peminat yang mahu menyaksika­n kehebatan Iiaiyaraaj­a boleh melayari www.airasiared­tix.com.

 ??  ?? Ilaiyaraaj­a
Ilaiyaraaj­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia