Berita Harian

Azlan, ‘kekasih baharu’ makin serasi

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Tasha siap sedia gegar pusingan pertama ARRC

Kuala Lumpur: Azlan Shah Kamaruzama­n menganggap dirinya semakin menyesuaik­an diri dengan karakter ‘kekasih baharunya’, Tasha menjelang pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabang­sa Sepang, hujung minggu ini.

Di sepanjang perkenalan dua hari dalam ujian rasmi pramusim yang berakhir di litar sama kelmarin, pelumba ONEXOX BMW TKKR SAG TEAM itu merumuskan yang pasukan sudah menemui objektif dikehendak­i dengan jentera BMW S1000 RR atau dinamakan Tasha itu.

“Untuk keseluruha­n ujian... biasakan diri dengan motosikal. Saya

perlu menyesuaik­an diri dengan jentera baharu ini. Memang banyak nak kena sesuaikan kerana motosikal begitu berbeza (berbanding musim lalu) dan agak bergelut juga mencari penyelaras­an.

“Rakan sepasukan (Markus Reiterberg­er) sudah lima tahun bersama motosikal ini. Berbeza dengan saya... kali pertama. Jadi, saya perlu sesuaikan diri dengan corak tunggangan motosikal ini yang karakterny­a memang berbeza.

“Apapun secara keseluruha­n, ujian berlangsun­g dengan baik. Kami dapat objektif yang dicari dan sudah bersiap sedia hujung minggu ini,” kata Azlan yang juga penyandang juara keseluruha­n kelas perdana ASB1000CC itu.

“Kami akan pertahanka­n dan akan buat yang terbaik walaupun saingan kali ini sengit,” kata Azlan yang pada musim lalu mempunyai dua ‚kekasih‘, masing-masing di Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) yang dinamakan Maria dan Sarimah di ARRC.

Reiterberg­er dari Jerman mengunggul­i ujian pramusim keseluruha­n bagi kelas ASB1000CC dengan catatan sepusingan terbaiknya dilakukan pada sesi keempat, 2 minit 05.388 saat manakala Azlan berada di tangga ketiga carta (2:06.009s).

Pelumba YAMAHA Racing Team ASEAN, Broc Parkes berada di tangga kedua dengan catatan sepusingan terbaik dilakukann­ya, 2:05.672s.

Pusingan pembuka tirai ARRC 2020 yang membabitka­n empat kelas saingan – ASB1000CC, Ss600cc, AP250 dan Ub150cc – dijadual berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang bermula hari ini dengan sesi latihan bebas dan kelayakan Ub150cc di sebelah petang.

 ?? (Foto FB Azlan) ?? Azlan bersama kekasih baharunya Tasha pada ujian rasmi pramusim ARRC di SIC, kelmarin.
(Foto FB Azlan) Azlan bersama kekasih baharunya Tasha pada ujian rasmi pramusim ARRC di SIC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia