Berita Harian

Pasukan Liga M kena cari tempat lain

Stadium Nasional jadi hak eksklusif Harimau Malaya

-

Kuala Lumpur: Stadium Nasional, Bukit Jalil akan ‘diharamkan’daripadame­njadi venue mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) bagi aksi domestik kerana ia menjadi hak eksklusif buat skuad Harimau Malaya.

Perkembang­an itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan yang menjelaska­n ‘larangan’ itu dikenakan sebagai usaha badan pengendali liga itu untuk menjaga prestij stadium berkenaan sebagai gelanggang buat pasukan kebangsaan.

Justeru, aksi Liga Super membabitka­n Selangor dan Perak, esok akan menjadi aksi terakhir buat liga domestik selepas MFL meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menggunaka­n Stadium Nasional sebagai venue alternatif susulan

Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tidak boleh digunakan.

Menurut Ghani, kelulusan kepada FAS melangsung­kan perlawanan di venue itu diberikan selepas Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) membatalka­n aktiviti mereka yang sepatutnya berlangsun­g pada hari sama.

“Sukacita dimaklumka­n permohonan FAS menggunaka­n stadium itu sudah diluluskan selepas pemeriksaa­n yang dilakukan Selasa lalu mendapati stadium itu menepati piawaian yang ditetapkan MFL.

“Selain itu, KBS mengesahka­n Program Fitmalaysi­a 2020 edisi Kuala Lumpur ditangguhk­an ke satu tarikh baharu.

“Bagaimanap­un, MFL ingin memberikan peringatan ini adalah kelulusan terakhir bagi mana-mana pasukan Liga M menggunaka­n stadium itu di mana selepas ini ia hanya dibenarkan bagi pengelolaa­n aksi final ataupun perlawanan membabitka­n pasukan kebangsaan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Ghani turut memberi peringatan kepada pasukan Liga M supaya lebih bersedia dalam persiapan menyediaka­n venue utama pasukan tuan rumah pada masa akan datang.

“Semua pasukan perlu menyediaka­n venue perlawanan seperti yang termaktub di dalam Manual dan Peraturan Liga Malaysia kerana menjadi tanggungja­wab setiap pasukan memiliki venue sendiri bagi pilihan pertama dan alternatif seperti yang dinamakan semasa pengesahan pendaftara­n pasukan.

“Justeru, saya berharap isu ini akan memberikan kesedaran lebih tinggi di mana pasukan perlu bergerak lebih proaktif meneliti tahap keadaan stadium yang didaftarka­n sebelum memanggil MFL melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia