Berita Harian

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 ditangguh

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahka­n semua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang dijadualka­n bulan ini dan Jun ditangguhk­an susulan penularan wabak COVID-19.

Menerusi laman rasmi PSSI, aksi pusingan kedua yang sepatutnya bulan ini ditunda pada Oktober sementara perlawanan yang diadakan Jun akan berlangsun­g November.

Ketua PSSI, Mochamad Iriawan menjelaska­n pihaknya menerima surat daripada Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) yang menyampaik­an keputusan berhubung penangguha­n perlawanan itu selepas mesyuarat yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

“Pasukan kami sudah menjalanka­n persiapan sejak bulan lalu dan kami akan berkumpul semula bulan ini. Tetapi kami memahami situasi yang sedang berlaku ini secara tidak langsung mempengaru­hi aktiviti bola sepak.

“Kemanusiaa­n mengatasi segalanya,” kata Iriawan.

Bagaimanap­un, teka-teki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitka­n Zon Asia sama ada diteruskan ataupun ditangguhk­an, diketahui esok.

Berdasarka­n maklumat AFC, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) di Zurich, semalam dan perlu menunggu hasil mesyuarat itu sebelum membuat kenyataan rasmi.

Bagaimanap­un, penangguha­n perlawanan dijangka dilakukan atas faktor keselamata­n dan kesihatan apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John memberi bayangan FIFA tampak bersedia mempertimb­angkan langkah terbabit.

“Kita belum putuskan apa-apa mengenai penangguha­n perlawanan kerana AFC perlu menunggu keputusan FIFA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia