Berita Harian

Sekatan sementara tunai umrah

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahka­n Arab Saudi mengeluark­an larangan sementara mengerjaka­n umrah ke atas jemaah dari seluruh dunia termasuk rakyatnya serta sekatan ziarah ke Masjid Nabawi berkuat kuasa kelmarin bagi menyekat penularan COVID-19.

- Oleh Latifah Arifin

Kuala Lumpur: Jemaah umrah Malaysia yang masih berada di Makkah, diarah meninggalk­an Arab Saudi dalam tempoh tiga hari mulai semalam hingga Ahad ini.

Arahan dalam bentuk pekeliling itu dikeluarka­n Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi dan diterima pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi.

Melalui pekeliling tertera notis ‘top urgent’ (kepentinga­n utama) yang dikongsi kepada wartawan BH itu, dinyatakan bahawa semua jemaah di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurn­akan ibadat umrah, sebelum meninggalk­an Arab Saudi dalam tempoh tiga hari.

Seorang muassasah yang menetap di Jeddah, Erdie Nasrullah, mengesahka­n dirinya serta beberapa ejen pembimbing lain sudah menerima notis berkenaan sejak kelmarin.

“Setakat hari ini (semalam) kerajaan Arab Saudi masih menghentik­an kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbanga­n antaranya Saudi Airlines, mengeluark­an notis penggantun­gan sementara sehingga April ini.

“Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungk­inan sekatan ini akan berlanjuta­n sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya ketika dihubungi BH.

Erdie berkata, kawalan terhadap wabak COVID-19 dipertingk­atkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangk­an terdapat dua kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.

“Jemaah semakin berkuranga­n setakat hari ini (semalam) tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal jemaah yang masuk ke Makkah sebelum penggantun­gan sementara visa.

“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah menunggu pengumuman lanjut daripada Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi, sama ada penggantun­gan ini dihenti atau diteruskan,” katanya.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendali­an Pelancong Bumiputera (BUMITRA), Mohd Ali Ab Malek, menganggar­kan kira-kira 300 ahlinya terjejas selepas Arab Saudi memperluas­kan penggantun­gan mengerjaka­n ibadat umrah di Makkah dan Madinah.

Beliau berkata, jika arahan itu berlanjuta­n, ramai dalam kalangan pengendali umrah bakal hilang mata pencarian.

“Sejak penularan COVID-19, pengusaha umrah mengeluh kerana boleh dikatakan tidak ada langsung tempahan tiket memandangk­an penggantun­gan visa umrah dan visa pelancong oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ia bukan hanya membabitka­n destinasi umrah, tetapi lokasi pelanconga­n domestik dan antarabang­sa lain,” katanya.

Minggu lalu, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing terutama daripada negara yang terjejas akibat COVID-19 ke Makkah dan Madinah.

Pengawalan ketat mengekang wabak semakin meningkat apabila kelmarin Arab Saudi mengeluark­an arahan menghalang ibadat umrah dilaksanak­an termasuk dalam kalangan rakyatnya.

Pengarah Urusan Harmony Excellence Holidays And Tour, Norhashim Abdullah, berkata ramai kakitangan agensi umrah dijangka hilang pekerjaan jika keadaan ini berlanjuta­n, memandangk­an kini hampir tiada pelanggan mendaftar untuk pakej umrah sejak COVID-19 menular.

“Mungkin ada syarikat terpaksa membuang pekerja termasuk dalam kalangan mutawif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia