Berita Harian

Antara ‘isyarat’ IMF dan usaha tangani COVID-19

-

Satu ‘isyarat’ penting perlu diambil perhatian apabila Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) menjangkak­an penularan global bakal COVID-19 menjejaska­n harapan pertumbuha­n ekonomi kukuh tahun ini. IMF menjangkak­an pertumbuha­n ekonomi global 2020 akan berada di bawah paras 2.9 peratus berbanding pada 2019. Apakah ini bermakna ‘krisis’ kesihatan yang melanda dan semakin meningkat ketika ini akan mengheret dunia ke dalam kemeleseta­n?

Malaysia sebagai sebuah negara pedagang, tentu tidak terkecuali menerima kesan. Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) melaporkan, eksport Malaysia merosot 1.5 peratus kepada RM84.08 bilion pada Januari lalu berbanding bulan sama pada 2019, sementara import susut 2.4 peratus kepada RM72.06 bilion. Dengan penularan di peringkat global yang semakin meningkat, selain pertambaha­n jumlah kes domestik yang dikesan, impak COVID-19 terhadap pertumbuha­n ekonomi negara sukar dinafi.

Justeru, isyarat diberi IMF perlu dipandang serius. Pakej Rangsangan Ekonomi dilancar kerajaan untuk mendepani impak wabak itu memang langkah tepat. Namun, kerajaan tidak boleh bergerak sendiri, sebaliknya penggiat industri segenap peringkat perlu turut serta memainkan peranan menyokong strategi digariskan. Kita puji inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangk­an kadar dasar semalam (OPR) yang dianggap wajar untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi di tengah impak penularan COVID-19. Apa salahnya semua penggiat industri menilai dan tampil dengan pelan tersendiri ke arah menangani COVID-19. Dengan ini, pasti impak wabak itu terhadap ekonomi negara dapat diminimumk­an.

Dalam tumpuan semua pihak kepada usaha mengekang penularan COVID-19 yang kini memasuki gelombang kedua, negara tidak boleh sekali-kali terlepas pandang impak besarnya kepada ekonomi. Dalam transisi peralihan kerajaan yang sedang berlangsun­g, mungkin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, boleh mempertimb­ang sekurang-kurangnya melantik dua atau tiga menteri awal untuk menerajui portfolio penting dan utama, bagi menangani cabaran semasa.

Contohnya berkaitan ekonomi, pelaburan atau mungkin kesihatan untuk memastikan usaha menangani impak COVID-19 lebih pantas dan tersusun. Kita percaya tugas mencabar menanti sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Menteri Kewangan atau Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Mereka perlu bekerja secara pantas, ibarat kenderaan yang terus memecut dalam mod kelajuan gear empat atau lima, bukan lagi bertatih. Sementara pelantikan dibuat, mungkin boleh diwujudkan jawatankua­sa interim pada peringkat kementeria­n untuk memantau perjalanan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Apa yang jelas, kita tidak pasti sampai bila penularan COVID-19 akan berterusan, lantas skala impak wabak terhadap kedudukan ekonomi juga sukar dijangka sama ada akan berterusan untuk satu tempoh yang lama. Apa pun negara sudah mula bergerak ke landasan tepat apabila menggerakk­an Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menangani wabak berkenaan. Kini terpulang kepada aspek pelaksanaa­n dan jika semua dapat berganding bahu menjayakan­nya, pasti ancaman impak wabak mampu ditangani secara strategik, sekali gus mengelak negara terkesan secara serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia