Berita Harian

173 karya bernilai jadi rebutan pembida

Majlis lelongan di Balai Berita mula jam 1 tengah hari, 15 Mac ini

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 173 koleksi pelbagai hasil seni bernilai tinggi bakal menjadi rebutan pembida pada majlis lelongan seni anjuran Henry Butcher Art Auctioneer­s Malaysian (HBAA) dan Southeast Asian Art pada 15 Mac ini.

Lelongan yang akan berlangsun­g di Galeri Prima, Balai Berita, di sini bermula jam 1 tengah hari antara lain menampilka­n karya Datuk Syed Ahmad Jamal bagi lukisan Ruang Biru; lukisan Little Things karya Datuk Ibrahim Hussein; Rimba Series karya Abdul Latif Mohidin; Yusof Ghani dengan karyanya Siri Tari; Chang Fee Ming (Chord of Friendship); Ahmad Zakii Anwar (Red Legong) dan Awang Damit Ahmad (Tenaga Hidup).

Pengarah HBAA, Sim Polenn, berkata lelongan itu menampilka­n karya karyawan ternama dan pelukis tempatan yang baru meningkat naik serta pelukis dikenali ramai dari rantau Asia Tenggara.

Katanya, antara yang ditampilka­n adalah daripada koleksi batik hasil karya Datuk Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim, Fatimah Chik dan Ismail Mat Hussin.

“Hasil karya terawal Thean Teng termasuk Country Folk

(1959) dan Market Place (1950) antara yang bakal menjadi rebutan. Inilah masanya untuk membeli karya hebat.

“Belilah karya seni jika anda suka seni, jika ia menjadi satu pelaburan, itu adalah bonus. Hargailah seni, seni satu penghargaa­n,” katanya Turut dibuka untuk lelongan, karya gaya Nanyang yang menggabung­kan gaya Timur dan Barat seperti hasil seni karya Yong Mun Sen, Chia Yu Chian, Khaw Sia dan Tew Nai Tong.

Karya kontempora­ri yang ditampilka­n untuk lelongan termasuk karya Zulkifli Yusoff, Ahmad Fuad Osman, Hamir Soib, Bayu Utomo Radjikin, Masnoor Ramli Mahmud, Roslisham Ismail, Samsudin Wahad, Chong Ai Lei, Yeoh Choo Kuan dan Hasnul Isyraf Idris.

Tidak ketinggala­n hasil seni daripada beberapa karyawan Asia Tenggara, termasuk pelukis terkemuka dan meningkat naik serta karyawan kontempora­ri seperti Kartika Affandi, Arie Smit, Rudolf Bonnet, Jeihan Sukmantoro, Nyoman Gunarsa, Ugo Untoro, Eko Nugroho, Ong Kim Seng dan Onib Olmedo.

Bagi kategori karyawan baru meningkat naik, karya Anisa Abdullah, Ismail Alwi, Shafiq Nordin, Hisyamuddi­n Abdullah turut dipamerkan untuk lelongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia