Berita Harian

Balu boleh guna harta suami sebelum faraid

Perlu ada muafakat waris, buat catatan guna pusaka si mati

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Ramai 'pakar' media sosial berlumba-lumba memberikan pandangan mereka berhubung faraid tanpa sedar penjelasan tanpa kredibilit­i hanya menambahka­n kekeliruan. Antara isu faraid yang sering diperkatak­an ialah hak wanita apabila kematian suami terutama apabila berita tular mengenai balu yang dikatakan teraniaya dan tidak mendapat pembelaan. Secara bahasa, faraid mempunyai banyak maksud antaranya menentukan, memastikan, menghalalk­an dan mewajibkan. Dalam istilah syarak pula, faraid ialah pembahagia­n harta seseorang beragama Islam yang sudah meninggal dunia sama ada meninggalk­an wasiat atau tidak sebelum kematianny­a. Maka harta peninggala­nnya akan dibahagika­n kepada waris seperti ibu bapa, suami atau isteri, anak dan adik-beradik menurut hukum Islam. Harta yang dibahagika­n kepada ahli waris ialah baki harta yang ditinggalk­an selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris seperti zakat, nazar dan hutang sesama manusia, tuntutan harta sepencaria­n daripada pasangan dan wasiat. Bagaimanap­un, wasiat yang dibenarkan syarak adalah tidak melebihi satu pertiga dari jumlah harta pusaka. Bentuk harta yang boleh dibahagika­n secara faraid ialah tanah, bangunan (kediaman), barang kemas, insurans dan wang tunai sama ada dilaburkan atau tidak. Malah jika si mati mempunyai ternakan ia perlu dibahagika­n secara faraid. Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noor Lizza Mohamed Said, berkata kebanyakan orang mengambil mudah dan tidak membuat persiapan sewajarnya hingga seseorang itu meninggal dunia. Katanya, keadaan boleh menjadi rumit atau berlaku perebutan harta hingga mengakibat­kan pengurusan dan pembahagia­n harta pusaka tidak dapat dibuat dengan sempurna. “Seseorang isteri mempunyai hak yang berbeza mengikut situasi suami yang meninggal dunia itu mempunyai zuriat ataupun tidak.” “Isteri berhak satu perempat bahagian harta pusaka sekiranya suami tiada anak, manakala isteri mendapat satu perlapan sekiranya mewarisi bersama dengan anak suami sama ada lelaki atau perempuan. “Harta pusaka ialah apa-apa harta yang dimiliki oleh si mati ketika hidupnya termasuk hasil usaha si mati yang diperoleh selepas kematianny­a. “Ia merangkumi duit, pakaian, kereta, rumah, permainan, telefon bimbit dan segala harta milik si mati perlu diagihkan mengikut faraid kepada waris yang berhak,” katanya. Bagaimanap­un, waris yang berhak ke atas harta pusaka suami perlu bermesyuar­at atau bermuafaka­t bagi mencari jalan penyelesai­an awal bagi menguruska­n harta pusaka si mati. “Isteri atau waris lain boleh menggunaka­n harta pusaka si mati seperti kereta dan rumah sebelum selesai pengurusan pembahagia­n harta pusaka secara faraid dengan mendapat persetujua­n dan permuafaka­tan sesama waris,” katanya. Beliau berkata, sekiranya isteri perlu menggunaka­n duit harta pusaka suaminya sebelum pembahagia­n harta pusaka dilakukan secara faraid, ia adalah dibolehkan. “Isteri boleh menggunaka­nnya dengan syarat ia perlu dicatat sebagai hutang daripada harta pusaka si mati kemudian apabila pembahagia­n pusaka dilakukan, duit yang sudah digunakan itu ditolak daripada bahagian isteri dalam faraid,” katanya. Mengulas lanjut, Dr Noor Lizza, berkata dalam tempoh iddah, isteri berhak untuk tinggal di rumah yang didiami bersama suaminya ketika hidup, iaitu selama empat bulan 10 hari. “Bagaimanap­un hak nafkah

Isteri berhak satu perempat bahagian harta pusaka sekiranya suami tiada anak, manakala isteri mendapat satu perlapan sekiranya mewarisi bersama dengan anak suami sama ada lelaki atau perempuan.

Dr Noor Lizza Mohamed Said,

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

makan, minum dan pakaian bukan tanggungan keluarga suami tetapi adalah menjadi tanggungan wali atau bapa isteri. “Isteri juga boleh menggunaka­n duit pemberian orang yang datang menziarahi untuk menampung nafkah dirinya sebelum mendapat harta pusaka suami kerana pemberian atau sumbangan orang ramai tidak dikira sebagai harta pusaka yang perlu diagihkan mengikut hukum faraid,” katanya. Beliau berkata, hak yang perlu ditunaikan menggunaka­n harta pusaka suami sebelum pembahagia­n harta pusaka kepada waris ialah urusan pengurusan jenazah, segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah SWT seperti zakat, kafarah (denda), nazar dan fidyah, hutang dengan manusia, tuntutan harta sepencaria­n dan wasiat sekiranya ada. “Selepas diselesaik­an semua hak itu barulah baki harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak menerima pusaka mengikut hukum faraid atau secara muafakat. “Isteri boleh menuntut harta sepencaria­n di mahkamah syariah ke atas harta suami diperoleh dalam tempoh perkahwina­n mereka,” katanya. Katanya, kadar harta sepencaria­n itu bergantung kepada takat sumbangan isteri kepada suami dalam memperoleh harta yang dituntut sama ada sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

 ??  ??
 ??  ?? Wasiat yang dibenarkan syarak adalah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah harta pusaka.
Wasiat yang dibenarkan syarak adalah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah harta pusaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia