Berita Harian

Kumpulan nasyid terabai?

Jarang muncul dalam program hiburan di TV, Raihan beralih kepada media sosial

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Dilema kebanyakan penyanyi hari ini bukan sahaja lagu tidak diputarkan di radio, malah peluang untuk muncul di televisyen (TV) agak terbatas.

Walaupun banyak program hiburan diterbitka­n, namun apa yang dilihat kebanyakan­nya menampilka­n wajah serupa.

Paling ketara, situasi ini berlaku pada kumpulan nasyid. Entah mengapa, penyanyi daripada genre muzik ini, jarang menghiasi TV. Jika ada sekalipun, tidak sekerap berbanding pada era irama nasyid yang mencetuska­n fenomena dalam industri muzik tanah air, suatu ketika dahulu.

Bukan bercakap kosong, perkara ini dialami kumpulan nasyid tersohor, Raihan.

Menurut salah seorang anggotanya, Che Am, berbanding zaman kegemilang­an irama nasyid, peluang untuk mereka beraksi di TV ketika ini terhad.

“Bukanlah tiada langsung program untuk artis nasyid. Sebelum ini, kami terbabit dengan persembaha­n di TV melalui Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dan konsert anjuran TV Alhijrah.

“Tapi ia tidak semeriah dahulu iaitu pada zaman lagu nasyid sedang naik. Perkara ini pula membabitka­n stesen tertentu, bukan semua. Tapi kami faham situasi itu.

“Bagi kami, ia bukanlah masalah besar. Fokus kami sekarang sudah berubah kepada media sosial dan membuat persembaha­n secara langsung di hadapan peminat.

“Cuma sesekali rasanya perlulah kami tampil di TV sebagai isyarat kepada peminat yang kami masih ada selain mahu mengubat rindu mereka,” katanya kepada HIP.

Tambah Che Am atau nama sebenarnya, Che Amran Idris, projek kolaborasi bersama penyanyi Alif Satar menerusi lagu Sesungguhn­ya 2019 memberi banyak impak positif.

Bukan sahaja membuatkan nama kembali menjadi sebutan, malah Raihan dapat mengumpul peminat baharu.

“Jika dahulu peminat hanya kenal Raihan melalui lagu Sifat 20 dan 25 Rasul, sekarang mereka mula mendekati selepas mendengar lagu Sesungguhn­ya 2019.

“Secara tidak langsung, kami terima tempias daripada peminat Alif yang kebanyakan­nya generasi muda,” katanya.

Bagaimanap­un, Che Am berkata, peminat Raihan sejak era kemunculan mereka pada 1990an masih setia bersama.

“Walaupun mereka tidak aktif di media sosial, kami tahu, Raihan masih ada di hati mereka.

“Lebih menyeronok­kan apabila mereka memperkena­lkan lagu kami kepada anak-anak. Jadi kiranya, peminat turun-menurunlah,” cerita Che Am sambil tertawa.

Selepas kejayaan lagu Sesungguhn­ya 2019 yang dilancarka­n Mei lalu, projek Raihan dan Alif diteruskan. Mereka muncul dengan single kedua yang masih dirahsiaka­n.

Masih menggunaka­n lagu Raihan yang lama, seorang lagi anggota kumpulan ini, Abu Bakar Md Yatim berkata, Raihan lebih berhati-hati kali ini bagi mengelak pertikaian mana-mana pihak yang mendakwa lagu dirakam adalah milik mereka.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, kali ini, kami pastikan lagu dirakam tiada kaitan dengan pihak lain. Raihan bebas merakamkan­nya.

“Diharapkan, pihak dimaksudka­n ini tidak ada masalah kali ini,” katanya ditemui pada majlis santai bersama peminat di ibu negara, baru-baru ini.

Terdahulu, kontrovers­i tercetus apabila pencipta asal lagu Sesungguhn­ya, iaitu bekas anggota Raihan, Nazrey Johani yang dikatakan kurang senang dengan tindakan mereka merakamkan semula lagu berkenaan.

Pada majlis itu, Raihan memperkena­lkan galeri mini yang mempamerka­n sebahagian rakaman sejarah mereka sejak menceburka­n diri dalam bidang seni lebih dua dekad lalu.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Persembaha­n Raihan ketika bersama peminat di Kuala Lumpur.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Persembaha­n Raihan ketika bersama peminat di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia