Berita Harian

Botol bantu Krul selamatkan penalti

Penjaga gol bawa Norwich ke suku akhir

-

Saya rasa tertukar nama seorang pemain tetapi ia boleh berlaku dalam penentuan penalti, dengan debaran dan adrenalin.

Tim Krul, Penjaga gol Norwich City

London: Penjaga gol Tim Krul mempunyai cara tersendiri untuk menjadi wira sepakan penalti buat Norwich City - dia menulis nama setiap pemain Tottenham pada botol airnya berserta cara mereka mengambil penalti.

Krul menyelamat­kan sepakan penalti Troy Parrott dan Gedson Fernandes untuk menyingkir­kan Tottenham dan menempah tiket ke suku akhir bertemu Derby County atau Manchester United.

“Apabila ini terjadi anda sedar mengapa anda melakukann­ya,” kata penjaga gol 31 tahun dari Belanda itu.

“Ia impian sejak kecil menyelamat­kan penalti dan membawa kelab anda ke pusingan seterusnya. Ia amat menyentuh emosi.

“Saya hampir menyelamat­kan sepakan pertama tetapi saya dan jurulatih penjaga gol sering melakukan ulang kaji. Saya menulisnya pada botol.

“Saya rasa tertukar nama seorang pemain tetapi ia boleh berlaku dalam penentuan penalti, dengan debaran dan adrenalin.”

Aksi cemerlang Krul dalam sepakan penalti bukan perkara mengejutka­n.

Dia dimasukkan pada minit terakhir masa tambahan ketika Belanda menewaskan Costa Rica dalam penentuan penalti Piala Dunia 2014.

Ketika itu dia meneka tepat arah setiap sepakan, menyelamat­kan dua daripadany­a, selepas bermain psikologi dengan setiap pemain Costa Rica sebelum mereka mengambil sepakan.

Kali ini Krul turut mengambil masa dengan melihat botol airnya sebelum pemain Spurs mengambil sepakan. AGENSI

 ?? (Foto AGENSI) ?? Krul bersama botol yang membawa tuah.
(Foto AGENSI) Krul bersama botol yang membawa tuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia