Berita Harian

‘Bukan lantikan politik’

-

Kuala Lumpur: Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Idrus Harun, sebagai Peguam Negara yang baharu, dianggap tepat berdasarka­n kepakaran, pengalaman dan tahap profesiona­l beliau.

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor, menyifatka­n Idrus mempunyai kriteria yang tepat, bagi memastikan keadilan ditegakkan berdasar peruntukan undang-undang serta prosedur mahkamah sedia ada.

“Dakwaan kononnya Idrus yang juga abang kepada Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, dilantik sebagai Peguam Negara menimbulka­n isu konflik kepentinga­n, sepatutnya tidak berlaku.

“Saya pernah berjumpa dengan Idrus beberapa kali, beliau sangat profesiona­l dalam hal kerja.

“Jawatan Hakim Mahkamah Persekutua­n dan Peguam Cara Negara yang pernah disandangn­ya sebelum ini sudah tentu memperliha­tkan beliau sebagai seorang yang berpengala­man dan pakar dalam bidang undang-undang,” katanya pada BH semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, pula menjelaska­n pelantikan Idrus itu bukan dibuat secara lantikan politik, seperti mana sebelum ini kerana beliau adalah daripada kalangan penjawat awam dan kemudianny­a menjadi hakim.

Beliau berkata, Idrus juga seorang yang berperwata­kan lemah lembut tetapi tegas dalam perundanga­n. Saya yakin pegawai di Jabatan Peguam Negara akan memberi kerjasama penuh kepada beliau.

“Sebagai penasihat kepada Yang di-pertuan Agong dan kerajaan, Idrus dilihat mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang, selain kemahiran membabitka­n sistem perundanga­n syariah dan isu Islam berikutan pernah memegang jawatan Peguam Cara Negara.

“Saya berharap Idrus dapat menjalanka­n tanggungja­wab mempertaha­nkan Perlembaga­an dan tidak bertindak sebagai Peguam Negara ‘blok’ tertentu sahaja,” katanya.

Sebagai penasihat kepada Yang di-pertuan Agong dan kerajaan, Idrus dilihat mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang.

Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia