Berita Harian

DOJ tangguh pulangkan RM1 bilion dana 1MDB

Keputusan susulan ketidakten­tuan politik negara, pertukaran kerajaan baharu

-

Kuala Lumpur: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) menangguhk­an pemulangan sejumlah AS$240 juta (RM1 bilion) yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berikutan ketidakten­tuan politik Malaysia.

Jumlah berkenaan adalah pemulangan berikutnya dana yang diperoleh semula DOJ daripada pihak yang didakwa menyelewen­gkan dana pelaburan strategik 1MDB. Mei tahun lalu, AS memulangka­n dana yang diperoleh semula membabitka­n bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta).

DOJ menangguhk­an pembayaran yang sepatutnya pada 19 Februari ini dikatakan berikutan kemelut politik yang dihadapi Malaysia susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari dan Tan Sri Muhyiddin Yasin dilantik menggantik­an beliau, Ahad lalu.

Mengikut DOJ, lebih AS$4.5 bilion (RM18.8 bilion) dipercayai diseleweng daripada 1MDB, dana yang diasaskan Datuk Seri Najib Razak pada 2009 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sejak 2016, DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas aset sekitar AS$1.7 bilion (RM7.1 bilion) yang dibeli menggunaka­n dana 1MDB.

Sumber berkata, apabila Dr Mahathir meletak jawatan, DOJ memutuskan untuk menangguhk­an pembayaran kerana ketidakten­tuan berhubung apa yang akan berlalu selepas ini.

Jurucakap DOJ enggan mengulas lanjut, manakala pertanyaan kepada Kementeria­n Kewangan Malaysia dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, yang tidak memberi komen.

Dana yang dipulangka­n DOJ itu sepatutnya didepositk­an ke dalam tabung khas di Kementeria­n Kewangan untuk dibayar kepada pemegang bon 1MDB.

Penyiasat AS dan Malaysia berkata, Najib menerima kira-kira AS$1 bilion (RM4.1 bilion) dana 1MDB yang diseleweng­kan.

Bagaimanap­un, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu, sebaliknya mendakwa diperdaya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan pegawai 1MDB lain.

Siasatan terhadap Najib hanya dimulakan selepas Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan pendakwaan terhadap Najib bermula.

Selain Najib, Goldman Sachs dan beberapa eksekutifn­ya adalah antara yang didakwa atas peranan mereka mengurus dan mengendali­kan tiga jualan bon berjumlah AS$6.5 bilion (RM27 bilion) untuk 1MDB.TIGA anak syarikat Goldman mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia