Berita Harian

Kaji selidik TSIS Perdana Menteri ke-8 tepati ramalan

-

Kuala Lumpur: Hasil kaji selidik Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) membuktika­n pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 bertepatan dengan ramalan dan pilihan rakyat Malaysia.

Berdasarka­n kaji selidik TSIS yang dijalankan sebelum krisis politik bermula pada 23 Februari lalu, penggabung­an Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama Muafakat Nasional juga menjadi kehendak rakyat negara ini sebelum ia benar-benar direalisas­ikan melalui pembentuka­n Perikatan Nasional (PN).

Kaji selidik mengenai situasi politik semasa negara dijalankan TSIS bermula 1 hingga 20 Februari membabitka­n 1,451 responden di semua 222 kawasan Parlimen, mewakili satu peratus daripada bilangan pengundi di setiap Parlimen membabitka­n 30 soalan menggunaka­n teknik persampela­n rawak berstrata.

Ketua Eksekutif TSIS, Dr Wan Mat Sulaiman, berkata berdasarka­n kaji selidik itu, 34 peratus atau 493 responden memilih Muhyiddin daripada BERSATU sebagai calon utama bagi menggantik­an bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui kajian itu juga 59 peratus atau 856 responden tidak bersetuju Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang paling sesuai untuk mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri.

“Disebabkan 59 peratus daripada responden itu tidak bersetuju Anwar menggantik­an tempat Dr Mahathir, sekali gus memilih Muhyiddin sebagai pilihan pertama mereka sebagai Perdana Menteri, maka pelantikan itu adalah pilihan terbaik.

“Oleh itu, TSIS berpendapa­t keputusan melantik Muhyiddin dalam penubuhan kerajaan baharu disertai BERSATU, UMNO, PAS dan parti politik di luar PH adalah keputusan cukup bijaksana dibuat Yang di-pertuan Agong,

Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, ” katanya melalui kenyataan, di sini, semalam.

Pada masa sama, Wan Mat berkata, pilihan kedua calon Perdana Menteri oleh responden ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mewakili 22 peratus (319), manakala pilihan ketiga pula yang memperoleh 16 peratus (232) ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PKR ketika itu.

Beliau berkata, 62 peratus atau 900 responden bersetuju dengan cadangan supaya BERSATU segera bergabung dengan Muafakat Nasional daripada parti politik di luar PH.

“Gabungan ini adalah refleksi kepada aspirasi rakyat secara majoriti, yang mana gabungan undi semua parti politik ini jauh mengatasi gabungan undi parti politik dalam PH melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Mengenai pentadbira­n kerajaan PH sebelum ini, kaji selidik mendapati 59 peratus atau 856 responden bersetuju pakatan itu didominasi golongan bukan Islam dan ini akan mengancam kestabilan negara berbanding 32 peratus (465) yang tidak bersetuju.

“Selain itu, 72 peratus atau 1,045 responden berpendapa­t DAP adalah parti politik yang paling memberikan masalah kepada keutuhan PH sebagai satu pakatan politik dan sebagai Kerajaan Persekutua­n.

“Hasil dapatan ini, ia menunjukka­n mana-mana cadangan penubuhan kerajaan baharu yang membabitka­n DAP sepatutnya tidak menjadi pilihan,” katanya.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri, Ahad lalu selepas seminggu kemelut politik melanda susulan peletakan jawatan Dr Mahathir diikuti pengumuman BERSATU keluar PH, sekali gus menyebabka­n ‘keruntuhan’ kerajaan pakatan berkenaan.

34 peratus atau 493 responden memilih Muhyiddin daripada BERSATU sebagai calon utama menggantik­an bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia