Berita Harian

Melaka hampir selesai, Perak masih tak menentu

ADUN PH terus sokong kerajaan negeri sedia ada di Kedah, Pulau Pinang

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Audrey Dermawan, Balqis Jazimah Zahari dan Amir Mamat

Kuala Lumpur: Kedudukan kerajaan negeri Melaka hampir terjawab, manakala Perak kekal tidak menentu sehingga semalam.

Suasana di Melaka dilaporkan hampir selesai apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan masing-masing satu dari PKR dan DAP bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bagi berbincang berkaitan pelantikan Ketua

Menteri Baharu.

Sejak kelmarin, isu siapa Ketua Menteri Melaka menimbulka­n tanda tanya apabila Perikatan Nasional (PN) negeri itu menyingkir­kan dua ADUN BERSATU daripada gabungan membentuk kerajaan negeri menyebabka­n PN berbaki 15 kerusi, tetapi masih boleh menubuhkan kerajaan negeri.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri baharu dijadualka­n semalam, tetapi ditangguhk­an ke Isnin dipercayai ada kaitan dengan kemelut baharu itu.

Bagaimanap­un, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, petang semalam mendakwa Mohd Khalil bersetuju melantik Ketua Menteri ke-12 daripada kalangan 13 ADUN PN Melaka.

Di Perak, keadaan masih tidak menentu apabila tidak ada kenyataan rasmi dikeluarka­n oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal

Azumu.

Ketika ini, PH Perak memiliki sokongan 29 ADUN iaitu 18 DAP, enam AMANAH, empat PKR dan seorang Bebas iaitu ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.

PN pula setakat ini mempunyai 28 kerusi iaitu 25 BN yang semuanya UMNO dan tiga PAS.

Ada laporan menyatakan Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun sedang berunding untuk berpindah ke pusat.

Sementara itu, Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi, berkata PH Perak sudah bermesyuar­at dengan parti sekutu berkaitan perkembang­an ini.

“Kita memang ada perbincang­an dalam sekretaria­t PH peringkat negeri baru-baru ini bersama-sama AMANAH dan DAP.

“Ada butir yang kita ambil daripada mesyuarat berkenaan, namun saya tidak dapat mendedahka­n buat masa ini kerana biarsekret­ariat PH yang mengeluark­an kenyataan untuk menjaga keharmonia­n semua parti yang ada,” katanya pada sidang media Pejabat PKR negeri, Medan Istana di sini semalam.

Sementara itu, di Pulau Pinang, dua ADUN dari BERSATU Pulau Pinang menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri PH.

BERSATU yang diwakili dua ADUN iaitu dari Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim dan Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, berikrar untuk meneruskan sokongan mereka kepada kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kedua-dua ADUN itu sepakat mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada Mei 2018 adalah bagi menumbangk­an Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi satu komponen PN di pusat bersama BERSATU dan PAS.

Sementara itu, BERNAMA memetik Pemangku Pengerusi PKR

Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik, sebagai berkata pihaknya akan mengemukak­an satu nama mengisi kekosongan jawatan EXCO Pulau Pinang yang sebelum ini disandang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).

Di Alor Setar, Pengerusi PH Kedah yang baharu, Datuk Johari Abdul, menolak dakwaan ada ADUN PH di negeri itu beralih arah daripada menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ketidakten­tuan politik negara ini perlu dihentikan kerana keutamaan kita adalah rakyat. Kita di Kedah jika dilihat wakil rakyat PH kekal utuh dan saya tidak jangka akan ada perubahan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat PKR Kedah di sini, semalam.

Komposisi DUN Kedah ketika ini adalah PAS menguasai 15 kerusi, PKR (7), BERSATU (6), AMANAH (4), UMNO (2) dan DAP (2).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia