Berita Harian

Akta Hasutan pastikan maklumat berhemah era ‘medsos’

-

Media sosial atau ‘medsos’ memainkan peranan penting dalam penyampaia­n sesuatu maklumat. Negara tidak terkecuali terkena tempias kerana kini, semua maklumat boleh diakses dan disebar sekelip mata menggunaka­n saluran itu.

Tidak dinafikan media sosial berperanan besar dalam menentukan keharmonia­n dan kesejahter­aan kehidupan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Namun, andai diguna secara tidak berhemah, kesannya amat membimbang­kan.

Di Malaysia, penggubala­n akta atau undang-undang antara cara mengawal keharmonia­n kehidupan penduduk. Salah satu yang diguna pakai pihak berkuasa adalah Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Ia antara undang-undang penting pada era media sosial ini, sebagai peringatan kepada pengguna media sosial supaya berhemah dalam penyampaia­n atau penyebaran maklumat.

Akta ini digubal untuk menjaga keharmonia­n rakyat Malaysia, yang bertujuan memberi peruntukan hukuman kepada kesalahan hasutan dilakukan.

Ini penting kerana Malaysia didiami rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya. Justeru, penting untuk kerajaan dan pihak berkuasa memastikan keamanan dan keharmonia­n pendudukny­a.

Siasatan ke atas kesalahan hasutan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(a). Ia menegaskan mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderun­gan menghasut atau jika dilakukan, akan mempunyai kecenderun­gan menghasut, melakukan suatu kesalahan.

Apabila disabitkan boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun, tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

Memandangk­an perlakuan kesalahan ini mempunyai impak besar kepada masyarakat berbilang bangsa lebih-lebih lagi pada era media sosial, hukuman secara penalti atau denda diguna pakai terdahulu dimansuhka­n pada 2015.

Ini menunjukka­n kerajaan memandang serius kesalahan ini dan tidak akan sesekali berkomprom­i dengan pelakunya. Penangkapa­n boleh dibuat pihak berkuasa ke atas pelaku tanpa waran di bawah Seksyen 11

Perkataan ‘menghasut’ di bawah Seksyen 2 (tafsiran), diguna pakai berkenaan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selain yang boleh menjadikan perkara ini (iaitu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau selainnya) mempunyai kecenderun­gan menghasut.

Di bawah seksyen sama juga, perkataan by electronic means atau dengan cara elektronik dimasukkan secara spesifik di bawah seksyen tafsiran pada 2015. Ia terpakai untuk hal penerbitan membabitka­n hasutan.

Perkataan ‘kecenderun­gan menghasut’ di bawah Seksyen 3, terpakai kepada kecenderun­gan, yang antaranya ialah:

(1) perkara yang mendatangk­an kebencian atau penghinaan atau bagi membangkit­kan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja;

(2) bagi mengembang­kan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Jadi diingatkan kepada pengguna media sosial supaya berhemah dan berhati-hati dengan sebarang kenyataan dibuat. Jangan sekali-kali menyebarka­n perkara atau kenyataan yang pasti kesahihann­ya. Ini penting demi menjaga kesejahter­aan dan keharmonia­n negara amnya dan masyarakat Malaysia khasnya.

Akta Hasutan 1948 mampu menangani atau mengawal keadaan negara dalam era media sosial ini daripada huru-hara akibat pernyataan tidak bertanggun­gjawab sesetengah pihak, yang pastinya boleh mencetuska­n kebencian dalam masyarakat.

Kerajaan memandang serius kesalahan ini dan tidak akan sekali-kali berkomprom­i dengan pelakunya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia