Berita Harian

UITM sebaris universiti global

Tersenarai antara 50 terbaik dunia bagi subjek Hospitalit­y and Leisure Management

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Seiring dalam usaha menonjolka­n Universiti Teknologi MARA (UITM) di mata dunia, melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing, holistik dan memenuhi standard antarabang­sa, kini pusat pengajian itu mampu berbangga apabila disenaraik­an pada kedudukan ke-31 terbaik di dunia bagi subjek Hospitalit­y and Leisure Management yang dinilai oleh QS World University Ranking by Subject.

Ia bukan suatu yang mudah untuk berada di tangga antara 50 terbaik di dunia jika tiada usaha, kerjasama, pengorbana­n dan inisiatif daripada semua pihak bagi merealisas­ikan impian sehingga UITM dikenali di seluruh pelosok dunia atas keterampil­annya.

Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n (FPHP) UITM, Prof Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari, berkata penekanan dan cabaran bagi meletakkan UITM sebaris dengan universiti terkemuka global yang lain oleh Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, menjadi ‘azimat’ untuknya berusaha mencapai matlamat itu.

Katanya, sebaik diberi tanggungja­wab mengetuai fakulti berkenaan, pelbagai rangka kerja dan strategi diusahakan bagi menonjolka­n keistimewa­an UITM terutama FPHP sehingga ia betul-betul mendapat pengiktira­fan dari segenap aspek.

“Antara yang diusahakan ialah mewujudkan pelbagai pendekatan baharu antaranya pembelajar­an berasaskan kerja (WBL) yang mana pelajar dihantar untuk latihan industri selama setahun bagi memantapka­n kemahiran supaya mudah diterima bekerja selepas tamat pengajian.

“Selain itu, kami turut mewujudkan konsep knock the door terhadap industri semata-mata untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar diterima bekerja di industri antarabang­sa.

“Bahkan bagi menambah kualiti pelajar dan merapatkan hubungan antara akademik dan industri, pelajar tahun akhir turut didedahkan selama 21 jam bersama industri di mana pihak industri akan ke fakulti untuk memberi tunjuk ajar mengenai kehendak industri, cara menghasilk­an resume serta bagaimana untuk menyediaka­n diri ketika menghadiri sesi temu duga.

“Jadi secara tidak langsung, ia menjadi nilai tambah kepada pelajar UITM untuk memasarkan diri dengan mudah dalam industri ini,” katanya.

QS World University Ranking by Subject menyenarai­kan universiti terbaik dunia bagi 48 subjek pada 2020 yang menyaksika­n pembabitan 1,369 institusi pengajian tinggi dari 158 negara di seluruh dunia.

Pada 2019, subjek Social Sciences and Management menjadi kekuatan utama UITM dengan jumlah skor sebanyak 64.1 untuk berada pada kedudukan ke-317 terbaik di dunia.

Beliau menjelaska­n, dalam masa yang sama, UITM turut mengetenga­hkan program pertukaran pelajar sarjana muda dan pasca siswazah yang mana ia turut memberi kesan positif kepada UITM pada peringkat antarabang­sa.

Menerusi program itu, FPHP kini mempunyai para pelajar antarabang­sa pasca siswazah dari Bangladesh, Indonesia, Thailand, dan Turki.

“Kerjasama antara universiti serta industri dalam dan luar negara juga dilihat menjadi titik tolak kepada pengiktira­fan ini kerana dari situ mereka melihat kemampuan, kualiti, fasiliti, program dan apa saja yang ditawarkan bersifat antarabang­sa.

“Manfaatnya UITM berjaya menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) lebih daripada 30 industri dan universiti dalam dan luar negara seperti Marriot Internatio­nal, Universiti of Florida, Sekolah Tinggi Pariwisata Bandung, Kolej Antarabang­sa Universiti Walailak, Thailand, Silk Road Internatio­nal University of Tourism di Uzbekistan dan banyak lagi sejak Oktober 2018 lagi,” katanya.

Apa yang pasti, UITM adalah universiti awam terbaik yang berjaya melahirkan ramai graduan hebat dalam bidang ini antaranya seperti pemilik Restoran Rebung, Datuk Ismail Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad, cef selebriti

Lebih penting, seluruh warga khususnya pensyarah, graduan dan pelajar UITM boleh berbangga dengan pengiktira­fan global ini. Ia penyuntik semangat kepada pelaksanaa­n Pelan Strategik UITM2025”

Dr Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UITM

Kerjasama antara universiti serta industri dalam dan luar negara juga dilihat menjadi titik tolak pengiktira­fan ini.

Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Dekan FPHP UITM

seperti Cef Zubir Zain, Cef Johari Edrus dan Cef Firdaus Hanan.

Selain itu ramai juga Alumni UITM berjaya mencipta nama dan menjadi duta chef di luar negara seperti di UAE, Qatar, Eropah, Kanada, Norway, Ireland, Korea dan Jepun dan Singapura.

Mohd Salehuddin berkata, kejayaan ini sebenarnya membuktika­n kredibilit­i dan kualiti kakitangan serta pensyarah UITM yang menjadi pakar rujuk, malah turut menjadi penanda aras kepada universiti dalam dan luar negara untuk melaksanak­an program sama seperti UITM.

“Kita juga berjaya memupuk dan meyakinkan pelajar untuk mereka lebih bersifat dan berminda global dan ini selari dengan Pelan Strategik UITM 2025 bagi mencapai sasaran menjadi universiti terkemuka global menjelang tahun 2025,” katanya.

Di FPHP, sebanyak lima program ditawarkan iaitu Pengurusan Hotel, Seni Kulinari, Perkhidmat­an Makanan, Pelanconga­n dan Perkhidmat­an Makanan serta Keusahawan­an.

Malah, bagi memastikan pelajar seiring dengan kursus dipelajari, UITM turut mempunyai empat hotel di Puncak Alam dan Shah Alam, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.

 ??  ?? Pendekatan pembelajar­an berasaskan kerja
Pendekatan pembelajar­an berasaskan kerja
 ?? (Foto Owee Ah Chun /BH) ?? mantapkan kemahiran pelajar program Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UITM untuk memenuhi pasaran kerja.
(Foto Owee Ah Chun /BH) mantapkan kemahiran pelajar program Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UITM untuk memenuhi pasaran kerja.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia