Berita Harian

Kerja bersih, nyah kuman di Kaabah

Arab Saudi kosongkan lokasi sebagai langkah elak jangkitan virus

-

Makkah: Arab Saudi kelmarin mengosongk­an lokasi paling suci umat Islam bagi proses nyah kuman berikutan kebimbanga­n penularan COVID-19, selepas ia ditutup untuk kali pertama dengan ibadat umrah digantung sementara.

Media Arab Saudi melaporkan, penggantun­gan turut membabitka­n rakyat dan penduduk negara itu, selepas penguatkua­saan sama ke atas jemaah luar negara diumumkan minggu lalu dalam usaha membasmi penularan virus berkenaan.

Siaran televisyen negara menunjukka­n keadaan lengang di kawasan sekitar Kaabah yang lazimnya padat dengan puluhan ribu jemaah.

Saudi Press Agency yang dikendalik­an kerajaan memetik seorang pegawai masjid berkata, sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, kawasan terbabit akan terus ditutup selagi ibadat umrah digantung tetapi jemaah dibenar menunaikan solat di dalam masjid.

Menurut pegawai itu lagi, Masjidil Haram serta Masjid Nabawi di Madinah ditutup sejam selepas solat Isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat Subuh bagi membolehka­n pelaksanaa­n kerja pembersiha­n, selain nyah kuman.

Dalam pada itu, sekumpulan pekerja pembersiha­n dilihat menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitah­u AFP, keputusan menutup kawasan terbabit ‘julung kali dilakukan’.

Selasa lalu, Arab Saudi menggantun­g sementara ibadat umrah bagi rakyat dan penduduk di negara itu kerana bimbang penularan COVID-19 di kota suci berkenaan.

Ia susulan langkah pihak berkuasa minggu lalu yang menggantun­g sementara visa umrah dan melarang rakyat daripada negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk memasuki Makkah serta Madinah.

Kelmarin, Arab Saudi mengesahka­n tiga jangkitan baharu coronaviru­s, menjadikan jumlah keseluruha­n lima kes dilaporkan setakat semalam. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Petugas pembersih memakai topeng muka perlindung­an ketika membersihk­an lantai di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, semalam.
(Foto AFP) Petugas pembersih memakai topeng muka perlindung­an ketika membersihk­an lantai di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, semalam.
 ?? (Foto AFP) ?? Jemaah memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga penularan COVID-19 di Makkah, semalam.
(Foto AFP) Jemaah memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga penularan COVID-19 di Makkah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia