Berita Harian

Rugi RM100J susulan larangan umrah

-

Kuala Lumpur: Industri pelanconga­n negara membabitka­n ibadat umrah dianggarka­n kerugian lebih RM100 juta bulan ini akibat sekatan mengerjaka­n umrah yang dikeluarka­n oleh Kerajaan Arab Saudi susulan penularan jangkitan COVID-19.

Difahamkan kerugian itu membabitka­n 200 hingga 300 agensi pelanconga­n dengan anggaran 20,000 jemaah yang sudah bersedia untuk berlepas ke Tanah Suci sepanjang bulan ini, khususnya pada musim cuti sekolah bermula 14 Mac ini.

BH difahamkan kerugian itu dijangka meningkat pada bulan-bulan berikutnya jika sekatan itu masih diteruskan oleh Arab Saudi.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata pengusaha umrah kecil-kecilan dijangka paling terkesan berikutan larangan umrah dan penggantun­gan sementara visa oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Mereka (pengusaha umrah) sememangny­a terjejas, jika seorang ejen mempunyai 100 jemaah yang menunggu untuk pergi ke Tanah Suci, bermakna mereka akan hilang pendapatan RM500,00.

“Bagi bulan ini, disasarkan 20,000 jemaah akan mengerjaka­n umrah memandangk­an ramai yang memilih tarikh sepanjang cuti persekolah­an ini dengan anggaran kos minimum perjalanan seorang jemaah adalah RM5,000.

“Jadi, secara keseluruha­nnya dijangka kerugian urus niaga membabitka­n RM100 juta,” katanya.

Razali berkata, kerugian itu bukan lagi spekulasi tetapi ia disahkan sendiri oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur yang menyebut penggantun­gan sementara dijangka berlanjuta­n sehingga 15 April depan.

“Dua hari lalu Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur memaklumka­n status penggantun­gan larangan umrah dan visa hanya akan diputuskan pada 15 April nanti.

“Pihak Arab Saudi akan putuskan apa langkah seterusnya yang mereka akan ambil, cuma sehingga hari ini larangan masuk diteruskan membabitka­n jemaah dari seluruh negara.

“Cuma PAPUH menjangkak­an musim panas di Tanah Suci pada April ini dapat membunuh virus dan mengakhiri penularan jangkitan itu,” katanya.

Razali tidak menafikan pengusaha kecil umrah turut berdepan risiko gulung tikar susulan lanjutan larangan umrah dan penggantun­gan sementara visa oleh kerajaan Arab Saudi.

“Saya menjangkak­an banyak syarikat kecil yang terpaksa gulung tikar, bayangkan jika kerugian yang ditanggung mencecah RM1 juta, bagaimana mereka dapat terus mengekalka­n perniagaan.

“PAPUH juga berpandang­an tidak mungkin kerajaan akan berikan sebarang bantuan kerana perkhidmat­an umrah ini membabitka­n pelanconga­n luar negara dan bukan membabitka­n aliran tunai masuk ke dalam negara,” katanya.

Katanya, PAPUH menyaranka­n ahlinya supaya mempelbaga­ikan perkhidmat­an khususnya beralih sementara kepada pelanconga­n dalam negara.

“Bagi semua ahli PAPUH mereka mempunyai lesen yang pelbagai bukan sahaja umrah tetapi boleh memberikan perkhidmat­an pelanconga­n domestik.

“Dalam keadaan sekarang, sepatutnya pengusaha pelanconga­n mengambil langkah beralih kepada pelanconga­n dalam negara, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an risiko kerugian semasa.

“Ini antara jalan terbaik kerana buat masa sekarang sekatan ke Makkah masih belum diketahui sama ada akan terus dilanjutka­n, maka lebih baik fokus kepada pelanconga­n domestik kerana di Malaysia juga banyak tempat pelanconga­n menarik yang boleh ditawarkan kepada masyarakat,” katanya.

Kerugian itu bukan lagi spekulasi, tetapi ia disahkan sendiri oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur yang menyebut penggantun­gan sementara dijangka berlanjuta­n sehingga 15 April depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia