Berita Harian

‘Saya bukan punca gelombang kedua’

-

Kuala Lumpur: Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan yakin beliau bukan ‘sumber utama’ yang menyebarka­n COVID-19, sekali gus mencetuska­n gelombang kedua penularan wabak itu di negara ini.

Menyingkap kembali kunjungan ke luar negara, beliau mengakui pernah menghadiri persidanga­n di Shanghai, China pada 13 hingga 17 Januari lalu, namun hanya mempunyai gejala jangkitan COVID-19 selepas enam minggu pulang ke tanah air.

“Ada dua isu mengenai kunjungan saya di Shanghai. Sepanjang menghadiri persidanga­n di sana, kes jangkitan COVID-19 yang hanya disahkan berlaku China adalah di bandar Wuhan yang tidak pernah saya kunjungi.

“Tiada syak wasangka ketika itu mengenai kemungkina­n saya

Tidak dinafikan gelombang kedua COVID-19 dikaitkan dengan saya, tetapi ‘dikaitkan dan berasal daripada saya’ dua perkara berbeza.

mendapat jangkitan apabila mengunjung­i Shanghai kerana kes pertama yang dicatatkan di Shanghai adalah pada 20 Januari, sedangkan saya berada di sana untuk menghadiri persidanga­n dari 13 hingga 17 Januari lalu.

“Di Malaysia, seminggu selepas kembali ke Malaysia, iaitu pada 25 Januari, Kementeria­n Kesihatan menasihatk­an rakyat Malaysia untuk menangguhk­an atau membatalka­n perjalanan ke China, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumka­n darurat kesihatan awam angkara COVID-19 mengundang kebimbanga­n antarabang­sa, pada 30 Januari lalu.

“Semua rangkaian peristiwa ini berlaku selepas saya kembali dari Shanghai. Tidak dinafikan gelombang kedua COVID-19 dikaitkan dengan saya, tetapi ‘dikaitkan dan berasal daripada saya’ adalah dua perkara berbeza,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini dilaporkan berkata, rekod setakat jam 12 tengah hari kelmarin, menyaksika­n Hisham yang dirujuk sebagai kes ke-26 menjangkit­i 26 individu lain menerusi kontak rapat.

Mengambil kira bukti penyelidik­an perubatan yang mengesahka­n tempoh pengeraman bagi virus terbabit adalah 14 hari, Hisham menolak kemungkina­n dijangkiti COVID-19 ketika berkunjung ke Shanghai untuk menghadiri persidanga­n.

Selain itu, katanya, kontak rapat pertama dikaitkan dengannya kerana menghadiri mesyuarat bersama adalah pada 21 Februari, iaitu lima minggu selepas beliau kembali ke tanah air dari Shanghai.

“Melainkan ada penemuan penyelidik­an perubatan lain yang membuktika­n sebaliknya, justeru adalah penting untuk kita akui bahawa kunjungan saya ke Shanghai tiada kaitan dengan pengesahan saya dijangkiti coronaviru­s.

“Berdasarka­n fakta yang dikemukaka­n, kita perlu berikan sokongan sepenuhnya kepada Kementeria­n Kesihatan untuk mengenal pasti ‘pesakit sifar’ (sumber utama penularan coronaviru­s di Malaysia sehingga mencetuska­n gelombang kedua).

“Saya hanya individu pertama disahkan positif bagi COVID-19 menerusi siri pertemuan awam ini,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada barisan petugas perubatan kerana memberikan perkhidmat­an rawatan terbaik sepanjang ditempatka­n di wad pengasinga­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia