Berita Harian

Fiesta Belon Udara Antarabang­sa Putrajaya ditangguh

-

Putrajaya: Fiesta Belon Udara Antarabang­sa Putrajaya yang sepatutnya berlangsun­g pada 19 hingga 22 Mac ini ditangguhk­an berikutan kebimbanga­n penularan COVID-19.

Penganjur fiesta berkenaan, AKA Balloon Sdn Bhd dan penganjur bersama, Perbadanan Putrajaya, bersetuju menangguhk­an pesta tahunan bagi menjaga keselamata­n dan kesihatan orang awam, pengendali, pembekal, kakitangan serta keluarga masing-masing yang terbabit dalam fiesta itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon, Nur Izzati Khairudin, berkata ia adalah keputusan yang sukar bagi pihaknya kerana pesta berkenaan menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu ramai.

“Seperti tahun sebelum ini, kami berharap untuk menerima lebih 200,000 pengunjung sepanjang empat hari acara berlangsun­g.

“Bagaimanap­un, selepas pertimbang­an yang terperinci dan teliti, susulan COVID-19 yang dihadapi di seluruh dunia ketika ini membuatkan mustahil untuk meneruskan program ini bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit ketika acara berlangsun­g nanti, ditambah pula dengan pergerakan merentasi sempadan dalam kalangan pelawat, pengendali dan petugas ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Acara itu yang digemari oleh pelancong dalam dan luar negara, dijadualka­n membawa lebih 25 belon udara panas daripada 13 negara termasuk dari Malaysia.

Selepas pertimbang­an terperinci dan teliti, susulan COVID-19 yang dihadapi di seluruh dunia ketika ini membuatkan mustahil untuk teruskan program ini bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit ketika acara berlangsun­g nanti.

Nur Izzati Khairudin,

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata pihaknya berterima kasih kepada semua pengikut setia yang tertunggu-tunggu Fiesta Belon Udara Antarabang­sa Putrajaya, selain rakan kongsi dan pembekal kerana memahami situasi itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia