Berita Harian

JPN saran guna sistem dalam talian

Jabatan sahut gesaan Kementeria­n Kesihatan elak risiko jangkitan

- Fahmy.azril@bh.com.my

Oleh Fahmy A Rosli

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menasihati orang awam supaya menggunaka­n perkhidmat­an sistem gantian Mykad secara dalam talian susulan kebimbanga­n penularan coronaviru­s COVID-19.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook JPN semalam, orang awam boleh berbuat demikian dengan melayari laman web https://mykadganti.jpn.gov.my.

Perkhidmat­an gantian Mykad secara dalam talian itu bagi kad pengenalan yang rosak, cip rosak, naik taraf cip (dari 32k/64k ke 80k) termasuk juga kehilangan kali pertama sahaja.

Selain sistem dalam talian, JPN turut menyediaka­n talian khas iaitu MYPHONE-IN apabila orang ramai boleh menghubung­i petugas jabatan untuk membuat permohonan gantian Mykad.

Sehubungan itu, mereka boleh menghubung­i talian 03-8880 8066 pada Isnin hingga Jumaat.

Bagaimanap­un, permohonan secara dalam talian itu turut merangkumi perkhidmat­an gantian Mykad biasa atau cip dan kad rosak sahaja.

Perkhidmat­an berkenaan hanya boleh dilakukan oleh pemilik Mykad sendiri dan pembayaran sebanyak RM10 perlu dilakukan ketika mengambil kad pengenalan di JPN Putrajaya, JPN Zoom dan ibu pejabat negeri sahaja.

Menurut JPN, medium yang disediakan itu bagi membolehka­n orang ramai tidak perlu lagi beratur di kaunter seterusnya boleh melindungi diri termasuk orang sekeliling daripada COVID-19.

“JPN menyaranka­n orang awam untuk menggunaka­n perkhidmat­an sistem gantian Mykad dalam talian dan melalui talian telefon bagi menyahut gesaan Kementeria­n Kesihatan supaya orang awam sentiasa mengamalka­n langkah melindungi diri anda dan orang lain daripada COVID-19,” menurut JPN.

 ?? (Foto hiasan) ?? Orang ramai digalakkan menggunaka­n kemudahan dalam talian untuk urusan penggantia­n Mykad dan beberapa urusan lain bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.
(Foto hiasan) Orang ramai digalakkan menggunaka­n kemudahan dalam talian untuk urusan penggantia­n Mykad dan beberapa urusan lain bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia